Skim Dana Ehsan Pendidikan bagi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Semak kelayakan dan mohon jika layak.
Pengenalan Skim Dana Ehsan Pendidikan
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan untuk menyediakan bantuan kewangan sekali sahaja kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa pengajian di universiti.
Pelaksanaan SDEP, yang diberi sekali semasa tempoh pengajian, sebagai salah satu langkah yang bertujuan membela nasib pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah agar dapat meneruskan pengajian tanpa kesulitan, serta menggalakkan mereka mencapai keputusan akademik yang cemerlang dan menamatkan pengajian. pengajian.
MISI SDEP
- Memberi bantuan kewangan untuk membantu pelajar Bumiputera yang sukar untuk menyambung pelajaran.
- Memastikan sumber kewangan ditujukan kepada kumpulan sasaran tertentu.
- Menerapkan nilai menghargai dan menghormati hadiah dan sumbangan. Mencapai prestasi akademik dan pengijazahan yang cemerlang.
OBJEKTIF SDEP
- Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah dengan yuran tertunggak.
- Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
- Membantu pelajar yang telah dianiaya atau ditipu oleh institusi pendidikan.
- Memberi rezeki kepada pelajar yang memerlukan.
- Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang cekap, cepat, tepat dan betul.
MANFAAT SDEP
Kumpulan Sasaran
- Penyelesaian yuran tertunggak.
- Mengelakkan “dropouts” dalam kalangan pelajar IPT.
- Kurangkan beban kos kolej.
Penyumbang
- Dapatkan pelepasan cukai pendapatan.
- Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
- Mempromosikan syarikat penyumbang.
- Amal jariah,
SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MOHON
- Bumiputera, warganegara Malaysia.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
- Anda telah menerima tawaran atau telah mendaftar atau sedang belajar di institusi yang diiktiraf.
Semua kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara pengurusan YPM dan dana sedia ada.
RUJUKAN PENTING
MAKLUMAT LANJUT
Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273
SEMAK BANTUAN PENDIDIKAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- TERKINI : INISIATIF SUBSIDI FLYsiswa DITERUSKAN MULAI MEI 2024
- Bantuan Pendidikan BYSTT 2024 :Semak kelayakan dan mohon online disini!
- Bantuan Kemasukan ke IPT 2024 : Anda layak mohon!