Skim Dana Ehsan Pendidikan : Semak kelayakan dan mohon disini!

Skim Dana Ehsan Pendidikan bagi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Semak kelayakan dan mohon jika layak.

 

Skim Dana Ehsan Pendidikan

Pengenalan Skim Dana Ehsan Pendidikan 

 

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan untuk menyediakan bantuan kewangan sekali sahaja kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa pengajian di universiti.

 

Pelaksanaan SDEP, yang diberi sekali semasa tempoh pengajian, sebagai salah satu langkah yang bertujuan membela nasib pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah agar dapat meneruskan pengajian tanpa kesulitan, serta menggalakkan mereka mencapai keputusan akademik yang cemerlang dan menamatkan pengajian. pengajian.

 

MISI SDEP

 

  • Memberi bantuan kewangan untuk membantu pelajar Bumiputera yang sukar untuk menyambung pelajaran.
  • Memastikan sumber kewangan ditujukan kepada kumpulan sasaran tertentu.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati hadiah dan sumbangan. Mencapai prestasi akademik dan pengijazahan yang cemerlang.

 

OBJEKTIF SDEP

 

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah dengan yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang telah dianiaya atau ditipu oleh institusi pendidikan.
  • Memberi rezeki kepada pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang cekap, cepat, tepat dan betul.

 

MANFAAT SDEP

 

Kumpulan Sasaran

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan “dropouts” dalam kalangan pelajar IPT.
  • Kurangkan beban kos kolej.

 

Penyumbang

  • Dapatkan pelepasan cukai pendapatan.
  • Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
  • Mempromosikan syarikat penyumbang.
  • Amal jariah,

 

SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MOHON

 

  • Bumiputera, warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
  • Anda telah menerima tawaran atau telah mendaftar atau sedang belajar di institusi yang diiktiraf.

 

Semua kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara pengurusan YPM dan dana sedia ada.

 

RUJUKAN PENTING

 

LAMAN PORTAL SDEP

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Seksyen Bantuan Persekolahan

Yayasan Pelajaran MARA,

Tingkat 18 Menara MARA,

No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,

50100 Kuala Lumpur.

No. Tel : 603-26927273

 

SEMAK BANTUAN PENDIDIKAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

Leave a Comment