Bantuan Pendidikan BYSTT 2024 :Semak kelayakan dan mohon online disini!

Bantuan Pendidikan BYSTT 2024  telah dibuka untuk permohonan bagi sesi 2024/2025.

Di bawah adalah maklumat tentang biasiswa ini dan cara memohon.

BIASISWA

PENGENALAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB (BYSTT)

 

Yayasan Sarawak menawarkan biasiswa untuk anak Sarawak memohon iaitu Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) bagi sesi 2024/2025. Inisiatif ini disediakan kepada pelajar cemerlang yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dengan keutamaan diberikan kepada IPTS di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

 

TARIKH PERMOHONAN

 

15 April 2024 hingga 31 Mei 2024 (4:00 petang)

 

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA 

SYARAT-SYARAT ASAS

Untuk mendapat kelayakan biasiswa ini, pemohon perlulah memenuhi kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Anak Jati Sarawak (ibu ATAU bapa ATAU kedua ibu bapa adalah Anak Kelahiran Sarawak.
  2. Sedang atau akan melanjutkan pengajian dalam kursus yang diiktiraf, secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara sahaja. Pemohon telah pun menerima surat tawaran kemasukan ke Institusi.
  3. Pada masa ini atau akan mengambil bahagian dalam kelas secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terbaik di dunia (10 Institusi Terbaik di Dunia). Pemohon telah pun menerima surat penerimaan masuk ke Institusi.

 

Ijazah Pertama Ijazah Lanjutan
Permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara SAHAJA.

 (Keutamaan diberi kepada Institusi Pengajian Awam (IPTA) dalam Malaysia & Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik Kerajaan Negeri Sarawak

Permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara atau di Luar Negara (Di mana-mana 10 INSTITUSI TERBAIK DUNIA SAHAJA )

 

 

SYARAT KHUSUS (KELAYAKAN AKADEMIK)

Bagi pemohon yang sedang melanjutkan pengajian ATAU pemohon yang telah  diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja)

 

PERINGKAT & KRITERIA KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK
Ijazah Pertama Pemohon mendapat Kepujian (Kredit) untuk subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

Mendapat CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya / Diploma / Matrikulasi / Asasi dan yang setaraf dengannya

Ijazah Lanjutan Mendapat pencapaian akademik yang cemerlang (PNGK 3.00 dan ke atas) semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.
Kriteria Tambahan
  1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan aktif di 
    dalam aktiviti kokurikulum.
  1.  Aktif dan banyak terlibat dalam kegiatan
    kebajikan/kemasyarakatan
  1. Cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutamanya dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti

 

 

KRITERIA PEMILIHAN

 

Calon yang layak yang memenuhi kriteria di atas akan ditemuduga oleh panel khusus. Pemilihan akan dibuat berdasarkan prestasi temu duga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat, dan kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh panel.

 

CARA MOHON Bantuan Pendidikan BYSTT 2024

 

  • Permohonan adalah secara atas talian yang boleh dicapai di laman web http://www.yayasansarawak.org.my;
  • Semua dokumen HARUS DISAHKAN SEBELUM DIMUATNAIK semasa memohon secara talian. 
  • Berikut merupakan senarai dokumen WAJIB dimuatnaik: –

    a. Salinan MyKad Pemohon dan MyKad Ibu Bapa
    b. Salinan Sijil Lahir Pemohon
    c. Salinan Surat Tawaran Masuk ke Universiti/ Institusi
    d. Salinan Keputusan TERKINI Akademik (PNGK/CGPA)
    e. Salinan Keputusan SPM (Bahasa Melayu hendaklah Kredit)
    f. Sijil KoKurikulum (KK) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
      (JPNS).

    SEKIRANYA TIADA salinan sijil KK daripada JPNS, maka pemohon boleh memuatnaik Satu (1) SALINAN SAHAJA, sama ada:

    i. Pencapaian Tertinggi Kokurikulum ATAU
    ii. Penyertaan Tertinggi ATAU
    iii. Jawatan yang Disandang

    untuk setiap 4 ELEMEN di bawah ini, iaitu:

    i. Sukan
    ii. Akademik
    iii. Kelab
    iv. Persatuan

    (Keempat-empat elemen ini membantu kepada Penilaian Markah Senarai Pendek Temuduga)

    g. Salinan Slip Gaji Terkini/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Gaji (bagi yang bekerja sendiri)
    h. Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan bersama Surat Pengesahan Kebenaran untuk Belajar Secara Sepenuh Masa. (jika berkaitan)
  • Salinan hardcopy TIDAK DIPERLUKAN. 
  • Sila pastikan setiap saiz dokumen yang dimuatnaik adalah JELAS dan SAIZ FAIL DI BAWAH 1 MB.
  • Pemohon digalakkan memohon menggunakan pelayar desktop melalui Portal/ Sistem Web Yayasan Sarawak (http://www.yayasansarawak.org.my) untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam memuatnaik dokumen.
  • Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan di laman sesawang Yayasan Sarawak. 

NOTA: KEGAGALAN mengemukakan dokumen yang dikehendaki seperti yang dinyatakan, boleh menyebabkan PERMOHONAN ANDA TIDAK AKAN DIPROSES/ DITOLAK

 

PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN

 

 

BIASISWA LAIN UNTUK MEMOHON

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Yayasan Sarawak,

Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,

Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Tel : 6082-441686

Faks : 6082-440023

Emel : ys@yayasansarawak.org.my

Laman Web: www.yayasansarawak.org.my

 

WHATSAPP HOTLINE

 

+6019 815 1686 (Pembiayaan Pendidikan)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment