Bantuan Kemasukan ke IPT 2024 : Anda layak mohon!

Permohonan Bantuan Kemasukan ke IPT (BK-IPT) dibuka untuk sepanjang tahun. Ketahui dengan lebih lanjut kelayakan dan cara memohon!

 

PENGENALAN BANTUAN KEMASUKAN KE IPT (BK-IPT)

 

Yayasan Sarawak menawarkan bantuan untuk anak Sarawak memohon iaitu Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi(BK-IPT). Inisiatif ini disediakan dengan tujuan untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke lnstitusi Pengajian Tinggi Awam dan IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak.

 

IPT

TARIKH PERMOHONAN

 

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

 

KADAR BANTUAN

 

Institusi/Universiti;

Di dalam Sarawak : RM1,000.00

Di luar Sarawak : RM1,500.00

 

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA 

 

  1. Anak Jati Sarawak (ibu ATAU bapa ATAU kedua ibu bapa adalah Anak Kelahiran Sarawak.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Mendapat kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  4. Terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
  5. Belajar Sepenuh Masa SAHAJA.
  6. Mengikuti pengajian di Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan, lnstitusi Pengajian Tinggi Awam, Swinburne University of Technology, Kuching; University of Technology Sarawak, Sibu; Curtin University Malaysia, Miri; Kolej Laila Taib Sibu dan i-CATS University College, Kuching.
  7. Pendapatan per kapita ibu bapa atau penjaga pelajar ialah RM1,500.00 dan ke bawah.
  8. Hanya meliputi kemasukan peringkat Sijil I Matrikulasi I Asasi I Pra Diploma I Diploma I ljazah Sarjana Muda.

 

CARA MOHON BIASISWA

 

 

  • Permohonan adalah secara atas talian yang boleh dicapai di pautan link Yayasan Sarawak;
  • Isi MyKad ID untuk log masuk. Jika belum daftar isi dahulu MyKad ID dan daftar dengan isi maklumat peribadi dalam isi ruangan yang disediakan.
  • Setelah selesai daftar, boleh terus memohon.
  • Semua dokumen HARUS DISAHKAN SEBELUM DIMUATNAIK semasa memohon secara talian. 
  • Berikut merupakan senarai dokumen WAJIB dimuatnaik: –

    a. Surat Tawaran Kemasukan Institusi
    b. MyKad Pelajar, Ibu Bapa & Tanggungan
    c. Sijil Lahir Pelajar
    d. Keputusan SPM (BM mesti Kredit) kecuali peringkat sijil (Teknikal)
    e. Penyata Gaji terkini ibu bapa / penjaga ATAU penyata pencen ATAU
        surat pengesahan tiada pendapatan.
    f. Penyata Bank yang aktif.

    NOTA: KEGAGALAN mengemukakan dokumen yang dikehendaki seperti yang dinyatakan, boleh menyebabkan PERMOHONAN ANDA TIDAK AKAN DIPROSES/ DITOLAK

 

 

PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN

 

 

 

BIASISWA LAIN UNTUK MEMOHON

 

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Yayasan Sarawak,

Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,

Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Tel : 6082-441686

Faks : 6082-440023

Emel : ys@yayasansarawak.org.my

Laman Web: www.yayasansarawak.org.my

WHATSAPP HOTLINE

+6019 815 1686 (Pembiayaan Pendidikan)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment