Cara Pindah Wang ke Akaun 3 KWSP : Semak Syarat & Panduan disini

Cara Pindah Wang ke Akaun 3 KWSP : Semak Syarat & Panduan disini. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

Seperti yang kita ketahui, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, yang berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Penstrukturan semula akaun KWSP ini menjadikan jumlah akaun setiap ahli kepada 3 akaun (sebelum ini hanya 2 akaun). Akaun 3 dikenali sebagai akaun fleksibel. 

AKAUN 3 KWSP

PENGENALAN AKAUN 3 / FLEKSIBEL KWSP

 

Akaun Fleksibel KWSP atau Akaun 3 ialah akaun baharu yang menyumbang 10% daripada jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

 

Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun Fleksibel mereka pada bila-bila masa mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran hanya digunakan dalam keadaan kecemasan dan hanya untuk keperluan terdesak.

AKAUN 3 KWSP

PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

 

Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun mempunyai deposit minimum RM50, sama ada selepas pemindahan jumlah awal dibuat atau selepas pengkreditan caruman baharu.

 

SYARAT PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP :

 

  • Belum capai umur 55 tahun​
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel​
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

 

LAMAN RASMI UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN

 

 

CARA BAYARAN

 

Bayaran untuk Pengeluaran Akaun 3 KWSP akan dibayar secara kredit terus ke dalam akaun bank ahli. Untuk memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berfungsi dengan baik, patuhi syarat di bawah :

 

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat).​​

 

CATATAN: Sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP, anda perlu membuat pemindahan awal dari Akaun 2 ke Akaun 3(Akaun Fleksibel) terlebih dahulu. Pemindahan ini boleh dilakukan dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024.

 

Jika anda tidak memindahkan jumlah tersebut ke Akaun Fleksibel, pengeluaran anda tidak akan berjaya.

 

CARA PINDAH WANG KE AKAUN 3 KWSP

 

Mulai 12 Mei 2024, anda boleh membuat pilihan pemindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di pejabat KWSP.

Sila rujuk langkah berikut:

 

  1. Layari laman web rasmi KWSP (i-Akaun): https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  1. Kemudian, log masuk ke i-Akaun anda.
  2. Klik butang “Ketahui Lanjut” (sudut kiri atas).
  3. Penerangan akan keluar untuk dibaca sebelum anda memindahkan.
  4. Klik Teruskan.
  5. Jika anda memahami penerangan tersebut dan ingin memindahkan wang, klik “Pindahkan Sekarang.”
  6. Klik Teruskan.
  7. Anda akan dimaklumkan tentang jumlah sebelum dan selepas pemindahan.
  8. Jika anda bersetuju dengan jumlah yang boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat, klik Teruskan.
  9. Perakuan Ahli – Klik “Terima”.
  10. Jika anda pasti tentang pilihan anda, klik Ya.
  11. Pilihan pemindahan yang berjaya (3-5 hari bekerja untuk kelulusan).

 

CATATAN PENTING : 

  • Pindah wang hanya boleh dibuat SATU kali sahaja. 
  • Tarikh akhir PINDAH WANG adalah 31 Ogos 2024. 
  • Anda juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

 

Untuk mengetahui langkah-langkah membuat pindahan daripada Akaun 2 ke Akaun Fleksibel dengan lebih jelas, anda boleh rujuk video di pautan ini :

 

https://www.youtube.com/watch?v=cBElzms_jc8

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat terkini mengenai penstrukturan semula akaun KWSP, anda boleh merujuk pautan berikut:

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×