Cara suri rumah dapat Insentif Kerajaan sehingga RM3000 : Semak dan mohon jika layak

Cara suri rumah dapat Insentif Kerajaan sehingga RM3000 : Semak dan mohon jika layak. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

SURI RUMAH


PENGENALAN i-SURI KWSP 2024

 

i-Suri adalah program caruman sukarela untuk wanita yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan orang bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima bonus insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum seumur hidup RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, yang mana lebih awal.

 

FAEDAH i-SURI KWSP 2024

 

  • Insentif Khas Terima insentif khas sebanyak 50% untuk setiap caruman RM1 sehingga insentif khas maksimum RM300 pada tahun semasa*


  • Dividen Tahunan Nikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan anda


  • Bantuan Kematian Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP


  • Pelepasan Cukai – Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

 

Nota Penting : Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

SYARAT KELAYAKAN  i-SURI KWSP 2024

 

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum capai  umur 55 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

 

KAEDAH BAYARAN  i-SURI KWSP 2024

 

Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun ahli KWSP dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran elektronik dan 7 hari perniagaan untuk pembayaran melalui saluran lain.

 

Boleh rujuk rajah dibawah : 

SURI RUMAH

HAD CARUMAN  i-SURI KWSP 2024

 

Minimum : Tiada had

Bergantung pada saluran pembayaran

 

Maksimum: RM100,000 setahun

Jumlah had maksimum untuk caruman sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran pembayaran adalah RM100,000 setahun.

 

CARA MENDAFTAR  i-SURI KWSP 2024

 

JENIS PENDAFTARAN CARA DAFTAR
KWSP i-Akaun* Pendaftaran i-Suri melalui aplikasi i-Akaun KWSP dalam menu pendaftaran i-Saraan
Laman Web KWSP* Pendaftaran i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian
Self Service Terminal (SST)*
  • Pendaftaran i-Suri pada mana-mana SST melalui menu i-Saraan
  • Sediakan MyKad
Pejabat KWSP
  • Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M)

 

  • Sediakan MyKad​

 

Nota Penting : * Permohonan keahlian akan didaftarkan secara automatik dalam sistem i-Suri jika ahli tersenarai dalam data Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) terkini setakat 30 November 2023.

 

BORANG PENTING UNTUK MENDAFTAR

  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang pertanyaan berhubung Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

 

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih boleh terus ke Portal Ekasih ICU di Jabatan Perdana Menteri.

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

3 thoughts on “Cara suri rumah dapat Insentif Kerajaan sehingga RM3000 : Semak dan mohon jika layak”

  1. Thanks for some other informative web site. The place else could I am getting that kind of information written in such a perfect means? I have a project that I’m just now operating on, and I have been on the look out for such info.

    Reply

Leave a Comment