TERKINI : PDRM Melaka tawar 50% diskaun saman sempena HBN 2024

Terkini : PDRM Melaka tawar 50% diskaun saman sempena HBN 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

DISKAUN SAMAN

Pada Sabtu dan Ahad ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun 50% ke atas saman kepada pesalah trafik sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Pahlawan.

 

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata tawaran diskaun saman itu hanya tersedia kepada mereka yang berada di kaunter trafik, yang akan dibuka di Dataran Pahlawan juga dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

DISKAUN SAMAN

 

Beliau berkata ini melibatkan semua jenis saman yang dikeluarkan di seluruh negara kecuali melibatkan kesalahan seperti kemalangan, saman berstatus “non compoundable”, saman Op Selamat, perbicaraan mahkamah, memotong secara berbahaya atau potong barisan, penggunaan lorong kecemasan, langgar lampu isyarat, potong garisan berkembar dan ubah suai ekzos.

 

“Bagi melancarkan urusan serta mengelak beratur panjang, orang ramai dinasihatkan membuat semakan saman melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM terlebih dahulu,” katanya.

 

Menurut Zainol, orang ramai juga dinasihatkan datang sendiri ke kaunter dan tidak menggunakan perkhidmatan pihak ketiga bagi membantu menyelesaikan saman bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

 

Sambutan HBN 2024 akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 Mei di Dataran Pahlawan dan dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Mei. Hari Belia Negara 2024 kembali lagiHari istimewa yang disambut pada bulan Mei setiap tahun adalah pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka disertai 30,000 belia dan mampu memperkasakan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan meluaskan akses belia selaras dengan kerangka Madani Malaysia dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

 

Sempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir dari 24 hingga 26 Mei 2024.

Sumber : Astro Awani

Leave a Comment