Ini cara mohon rumah PPRT dengan menggunakan sistem eSPKR : Panduan penuh disini

Ini cara mohon rumah PPRT dengan menggunakan sistem eSPKR : Panduan penuh disini. Program Perumahan PPRT 2024 merupakan satu inisiatif yang bertujuan menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang layak. Secara keseluruhan, inisiatif perancangan keluarga PPRT masih diteruskan pada 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

PPRT

 

PENGENALAN eSPKR PPRT 2024 

 

Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan sasar (fakir dan miskin tegar) untuk terus bertahan dengan lebih baik.

 

SPKR diteruskan khusus untuk strategi pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

 

Melalui program PPRT yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, terdapat 2 kategori yang boleh dipohon iaitu pembinaan baharu atau pengubahsuaian rumah sedia ada. Ini merupakan program kemudahan untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

 

KATEGORI eSPKR PPRT 2024

 

Kawasan yang diliputi oleh bantuan PPRT ialah kawasan luar bandar.

 

PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

 

  1. Bina Baharu
  • Bantuan pembinaan rumah baru kepada waris yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang terlalu usang, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

 

  1. Baik Pulih

 

  • Skop bantuan pembaikan hanya melibatkan komponen asas sesebuah rumah. (Contoh: Bumbung, bumbung, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai, tingkap, pendawaian elektrik, paip dan lain-lain)

 

Nota Penting : Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam kategori baik pulih.

 

JENIS BANTUAN DAN KADAR

 

Ini adalah kadar bantuan bagi setiap skop:

 

PPRT

 

SYARAT KELAYAKAN eSPRK PPRT 2024

 

Antara SYARAT kelayakan bagi memohon di bawah e-SPRK PPRT 2024 adalah seperti berikut : 

 

  • disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang didaftarkan dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperakui dan disahkan layak oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa setaraf di peringkat negeri; atau
  • diperakui oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • disahkan oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

 

Baca juga : https://bantuankerajaan.com/bantuan-ekasih/

 

Syarat kelayakan bantuan Bina Baharu akan diberikan kepada yang:

 

  1. Masih belum memiliki rumah;
  2. Tempat tinggal yang diduduki terlalu lama/uzur dan tidak selamat didiami;
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. Mempunyai tanah sendiri (hak milik sepenuhnya); atau
  5. Hak milik sebahagian tanah atau mendapatkan kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Rumah (tanah milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

 

Syarat kelayakan bantuan Baik Pulih akan diberikan kepada yang:

 

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mengalami rumah usang atau rosak akibat ditimpa musibah dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Dapatkan kebenaran membaiki bagi kes pencerobohan tanah orang lain/tanah sebahagian milik/Tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

 

Keutamaan bantuan juga akan diberikan kepada:

 

  1. Warga Emas
  2. Orang Kurang Upaya (OKU)
  3. Ibu atau Bapa Tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil
  5. Pelaksanaan projek PPRT diberi keutamaan bagi negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi

 

CARA UNTUK MEMOHON

 

Permohonan PPRT dalam talian e-SPKR hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila berikan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar kad pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (jika ada) sebelum mengemukakan permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butiran yang diperlukan boleh menjejaskan permohonan. Klik disini untuk membuat permohonan – e-SPKR PPRT 2024

 

BORANG PENTING UNTUK MEMOHON

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem atau permohonan, boleh terus hubungi wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di talian berikut:

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah 

No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 

62100 Putrajaya, Malaysia

Telefon : 03-8000 8000

Emel : info@rurallink.gov.my

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

5 thoughts on “Ini cara mohon rumah PPRT dengan menggunakan sistem eSPKR : Panduan penuh disini”

  1. Saya ingin tahu lokasi rumah PPR dan bantuan kewangan untuk membeli rumah tersebut. Boleh keluarkan Dari akaun Kwsp?

    Reply
  2. I have noticed that of all sorts of insurance, medical health insurance is the most controversial because of the discord between the insurance company’s obligation to remain adrift and the customer’s need to have insurance coverage Insurance companies’ profits on well being plans are extremely low, therefore some organizations struggle to gain profits Thanks for the ideas you discuss through this site

    Reply

Leave a Comment

×