SKK : Bantuan Tambahan Tunai RM1000 untuk Penerima STR – Cara tuntut disini

SKK : Bantuan Tambahan Tunai RM1000 untuk Penerima STR – Cara tuntut disini. Penerima STR boleh mendapat tambahan RM1000 secara one-off melalui Skim Khairat Kematian. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN

PENGENALAN BANTUAN TAMBAHAN TUNAI RM1000 SKK 2024

 

Masih ramai individu yang tidak mengetahui bahawa waris pemohon/pasangan yang meninggal dunia boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2024.

 

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan berasaskan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI kedua (Belanjawan 2024) untuk pemohon/pasangan suami isteri yang lulus STR tetapi meninggal dunia tahun ini.

 

Bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan boleh membuat tuntutan berjumlah RM 1,000 secara one-off.

 

KRITERIA KELAYAKAN SKK 2024

 

  • Haruslah berwarganegara Malaysia
  • Penerima yang ‘Lulus’ permohonan STR
  • Sekiranya pemohon atau pasangan yang merupakan warganegara Malaysia meninggal dunia, SKK layak dituntut oleh waris yang berdaftar
  • Meninggal dunia pada tahun 2024 (1 Januari 2024 – 31 Disember 2024)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak mendapat SKK
  • Hanya waris yang berdaftar dalam borang permohonan STR sahaja yang layak memohon

 

WARIS ATAU WAKIL YANG LAYAK TUNTUT SKK 2024

 

Berikut adalah bagi wakil atau waris kepada penerima STR yang mana penerima telah meninggal dunia, mereka boleh tuntut bagi pihak penerima, yang boleh menuntut adalah:

 

  • Pasangan(Suami penerima atau Isteri penerima)
  • Ibu penerima
  • Bapa penerima
  • Anak kepada penerima sama ada anak kandung, anak tiri atau anak angkat(pastikan ada dokumen yang sah)
  • Adik-Beradik
  • Cucu

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKK 2024

 

  • Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  • Boleh semak cawangan BSN yang berdekatan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

Dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan adalah seperti berikut:

  1. Asal/salinan sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
  2. Asal/salinan kad pengenalan/sijil kelahiran waris
  3. Dokumen yang membuktikan hubungan antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)

 

TARIKH TUNTUTAN

 

Tarikh Kematian :  01 Januari 2024 – 31 Disember 2024

Tarikh Tuntutan Mulai :  01 Februari 2024 – 31 Disember 2024

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi SKK atau Risalah STR 2024

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian (SKK), sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

 

Telefon: 1-800-88-2747 atau +603-8882 4565

Emel: str@mof.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment

×