Budi Madani : Langkah seterusnya jika permohonan tidak lulus – Panduan penuh disini

Budi Madani : Langkah seterusnya jika permohonan tidak lulus – Panduan penuh disini. 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) untuk pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi). Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BUDI MADANI

BANTUAN TUNAI BUDI MADANI RM200 SEBULAN

“Matlamat penyasaran subsidi diesel adalah untuk menumpukan bantuan kepada sektor yang layak dan golongan masyarakat yang memerlukan. “Bantuan tunai yang ditetapkan pada RM200 sebulan adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan diesel bagi lebih 80 peratus pemilik kenderaan diesel individu.

 

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang layak, supaya segera mendaftar bagi mendapatkan bayaran bantuan tunai diesel bulan Jun. Kerajaan komited untuk menyalurkan bantuan tunai BUDI MADANI bermula pada bulan permohonan dibuat.” kata Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

 

Seramai 30,000 pemohon menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun, diikuti 46,000 pemohon yang menerima bayaran mereka hari ini (19 Jun 2024). Bagi pemohon yang memohon sebelum akhir bulan Jun, pemohon akan menerima bayaran pada awal Julai 2024.

 

Skim BUDI MADANI yang dibuka mulai 28 Mei 2024 merupakan platform pengagihan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan diesel melalui kategori BUDI Individu. Juga kepada petani kecil dan pekebun kecil melalui kategori BUDI Agri-Komoditi.

 

Dianggarkan 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak mendapat BUDI individu. Hampir 400,000 petani dan pekebun berskala kecil  yang berkelayakan mendapat manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

 

CARA MEMBUAT RAYUAN JIKA TIDAK LULUS BUDI MADANI

 

Bagi pemohon di bawah kategori BUDI Individu yang tidak lulus permohonan, mereka boleh menyemak permohonan mereka dan mengemukakan rayuan di portal laman rasmi BUDI MADANI (https://budimadani.gov.my).

 

Baca juga : BUDI MADANI: BANTUAN SUBSIDI DIESEL RM 200 – CARA MOHON DISINI !

 

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum mendaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), mereka dinasihatkan supaya mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, mereka digalakkan untuk mengemukakan permohonan BUDI MADANI (sekiranya masih belum memohon) atau mengemukakan rayuan di laman portal rasmi BUDI MADANI (https://budimadani.gov.my).

 

Baca juga : BUDI AGRI-KOMODITI : BANTUAN DIESEL RM 200 SEBULAN – CARA MOHON DISINI

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan BUDI MADANI, boleh hubungi terus ke talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau melalui emel di budimadani@treasury.gov.my

 

Pemohon juga boleh bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

1 thought on “Budi Madani : Langkah seterusnya jika permohonan tidak lulus – Panduan penuh disini”

Leave a Comment