Daftar eKasih untuk mengurangkan beban kewangan : Mohon disini!

Daftar eKasih untuk mengurangkan beban kewangan : Panduan mohon di sini. Seperti sedia maklum, portal ekasih diwujudkan untuk menangani masalah kewangan rakyat dan mengurangkan purata kemiskinan di negara. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

e-kasih

PENGENALAN eKASIH

 

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khas untuk rakyat yang kurang peluang untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

Portal sistem eKasih telah beroperasi sejak 2007, ia merupakan pangkalan data mengumpul data keluarga miskin di negara ini.

Semua data yang diperoleh akan digunakan bagi membolehkan kerajaan merancang, melaksanakan dan memantau program anjuran Unit ICU, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, bagi membasmi kemiskinan di negara ini.

Laman web portal eKasih menyimpan semua data peribadi individu. Program yang disertai oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) serta bantuan yang diterima.

Oleh itu, sistem eKasih juga merekodkan setiap permintaan bantuan yang pernah dikemukakan dan memantau keberkesanan program yang disertai pemohon.

 

KRITERIA KELAYAKAN e-KASIH 2024

 

Sesiapa yang ingin memohon hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut;

 

  • Pemohon mestilah (wajib) memperoleh pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa seperti yang ditetapkan
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pendapatan Garis Kemiskinan ialah jumlah pendapatan yang diperolehi oleh sesebuah isi rumah seperti yang ditentukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai penanda aras bagi status kemiskinan.
  • PGK yang digunakan ialah PGK 2016 iaitu terbuka kepada ketua isi rumah berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah (bandar) atau RM1,000 ke bawah (luar bandar).

 

Cara Daftar e-Kasih

 

  1. Sila ambil perhatian bahawa kini untuk mendaftar perlu hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan ataupun boleh mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

 

e-kasih

2. Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum dibuat
pengesahan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah/ Negeri (FGD/ FGN), sebelum bancian di lapangan.

 

e-kasih

 

  • KIR Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
  • Butiran maklumat pemohon yang lengkap.

 

Selepas daftar permohonan, terdapat 4 jenis status daftar eKasih iaitu seperti di bawah : 

 

  1. Disahkan – Telah dibanci
  2. Disemak – Dalam proses banci
  3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  4. Baru (Daftar Terbuka) – Permohonan baru.

 

Boleh semak pendaftaran di pautan ini https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jabatan Perdana Menteri

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, 

Bangunan Perdana Putra, 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 

62502 Putrajaya, Malaysia

 

Telefon : 03-8000 8000

Faks :  03-8888 3528/3646

Leave a Comment