Bantuan Tunai sehingga RM350 sebulan dari JKM : Cara Mohon disini

Bantuan tunai sehingga RM350 sebulan dari JKM : Cara Mohon disini!. Bantuan Am Persekutuan adalah satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

JKM

BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM350 SEBULAN JKM

 

Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kebajikan Masyarakat) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan miskin bagi memastikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan masyarakat.

 

KADAR BAYARAN TIAP BULAN

 

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah dari minimum RM100 seorang sebulan dan  maksimum RM350 setiap keluarga.

 

KRITERIA KELAYAKAN

 

Hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk bantuan khas ini. Berikut adalah antara kriteria asas untuk pemohon layak terima Bantuan Am Persekutuan:

  • Warganegara dan menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
      i) Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)purata miskin isi rumah                    
          semasa; atau
      ii) Purata bilangan miskin PGK Perkapita semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak termasuk di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan Bantuan Am Persekutuan anda dengan mengikuti cara berikut.

  • Layari laman sesawang ini https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuan-am
  • Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan atau boleh dapatkan borang permohonan anda di sini yang akan kamu sertakan di bawah.
  • Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  • Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

 

NOTA PENTING : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri sendiri. Syarat- syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak sama di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dibuat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : pro_jkm@jkm.gov.my

 

BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON

 

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment