BLP 2024 : Bantuan Tunai RM 200 sebulan dari JKM – Cara Mohon disini!

BLP 2024 : Bantuan Tunai RM 200 sebulan dari JKM : Syarat dan Cara Mohon disini! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

BANTUAN TUNAI

 

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan bantuan kewangan  dan salah satunya adalah melalui inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dengan menawarkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada rakyat Malaysia tahun ini. Bantuan ini adalah Bantuan Latihan Perantis(BLP).

 

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM 200 SEBULAN BLP

 

Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir pelajaran dan tidak bekerja serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

 

Program BLP ini masih diteruskan pada tahun ini dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. BLP merupakan inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang diuruskan sepenuhnya oleh JKM.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM200 SEBULAN BLP

 

  1. Warganegara yang bermastautin/menetap di Malaysia  
  2. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat  
  3. Kes-kes seliaan akhlak  
  4. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan

 

CARA MEMOHON BLP

 

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara :
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan  
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak  

 

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti:

 

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dokumen lain yang berkaitan

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BLP

 

Untuk menyemak status bantuan melalui eBantuan JKM, ikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Layari laman web eBantuan JKM di ebantuanjkm.jkm.gov.my.
  2. Pilih pilihan semakan status yang terdapat di laman web.
  3. Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘semak’ untuk mendapatkan status semakan.

 

Dengan langkah-langkah mudah ini, anda dapat menyemak status bantuan anda dengan cepat dan mudah melalui platform eBantuan JKM.

 

BORANG PENTING UNTUK DILENGKAPKAN

 

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut untuk membuat permohonan :

 

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 

No. Telefon: +603-8000-8000

Emel: pro_jkm@jkm.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

Laman Rasmi BLP

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

Leave a Comment

×