EPOKU : Bantuan Tunai RM 450 sebulan – Mohon sekarang jika layak!

EPOKU : Bantuan Tunai RM 450 sebulan untuk Pekerja OKU – Mohon sekarang jika layak! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

bantuan tunai

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM 450 SEBULAN EPOKU

 

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan skim bantuan untuk rakyat. Program yang dikenali sebagai Elaun Orang Kurang/ Kelainan Upaya (EPOKU) merupakan bantuan kewangan bulanan.

 

Atas keprihatinan dan ambil berat, kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaan bantuan ini bagi sesi 2024. Tujuan utama bantuan khas OKU ini adalah untuk menggalakkan golongan OKU terus bekerja dan menyumbang sebagai anggota masyarakat yang produktif.

 

KADAR BAYARAN EPOKU

 

Kepada yang lulus, kadar bayaran yang akan disalurkan adalah dengan kadar RM450 sebulan. Permohonan boleh dikemukakan asalkan individu memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

 

KRITERIA KELAYAKAN EPOKU

 

Berikut adalah kriteria asas kelayakan sebelum memohon EPOKU, syarat adalah seperti berikut:

 

  • Warganegara, menetap dan bekerja di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang Kad OKU JKM
  • Mempunyai pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah

 

PANDUAN MEMOHON BANTUAN TUNAI RM 450 SEBULAN EPOKU

 

  1. Proses pemprosesan permohonan bantuan kewangan dijalankan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

 

  • Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan disemak untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan; dan
  • Urusan ini berasaskan prinsip pemberian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

 

  1. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diwajibkan membawa dokumen sokongan semasa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian, seperti:

 

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak.yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Dokumen-dokumen penting lain yang berkaitan.

 

BORANG BANTUAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

 

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100  Putrajaya

 

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment