STR Bujang 2024 : Bantuan Tunai RM 350 – Cara Mohon disini

STR Bujang 2024 : Bantuan Tunai RM 350 – Cara Mohon disini. Orang bujang merupakan salah satu kategori penerima bantuan ini selain kategori rumah tangga dan warga emas bujang/bujang. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

STR BUJANG

PENGENALAN BANTUAN STR 2024 KATEGORI BUJANG

 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

Pada tahun-tahun sebelumnya, pembayaran untuk program bantuan tunai dibuat 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini telah dibayar sebanyak 3 kali pada tahun lepas bagi penerima sedia ada STR.

KADAR BAYARAN STR BUJANG

 

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan pembayaran pada fasa permohonan yang diluluskan.

 

Kadar bayaran asas STR 2024 yang akan diterima oleh penerima bujang adalah RM 350 secara berperingkat.

 

STR BUJANG

 

TARIKH PEMBAYARAN STR 2024 KATEGORI BUJANG

 

Pembayaran pertama STR telah dibuat pada 29 Januari 2024 secara berperingkat.

 

Manakala bayaran STR fasa ke-2 telah dijelaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 03 April 2024 secara berperingkat.

 

  • Tarikh pembayaran adalah seperti jadual yang tertera di bawah.

 

STR 2024 –  Fasa

Tarikh Pembayaran STR 2024

Fasa 3

Ogos 2024

Fasa 4

November 2024

 

STR BUJANG

 

KAEDAH PEMBAYARAN

 

Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut: 

 

  1. Pengkreditan ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan 
  2. Penunaian di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
  • Status pengkreditan gagal kredit; atau
  • Tiada Maklumat akaun bank

KRITERIA KELAYAKAN 

 

Kelayakan bagi kategori bujang 2024 adalah sebagaimana berikut;

 

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Pemohon haruslah berstatus bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan bagi kategori bujang adalah dari RM2,500 dan ke bawah.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN STR 2024 KATEGORI BUJANG

 

Bagi 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza, membuka permohonan baharu seawal November 2023, dengan permohonan boleh dihantar sepanjang tahun dan bukannya sekali setahun.

 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dilakukan iaitu;

 

  1. Mohon atas talian : Klik Laman Portal rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Mohon secara manual dengan melengkapkan borang

 

Untuk mohon secara manual dan mengisi borang, pemohon boleh hadir ke;

 

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

 

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

 

 

CARA SEMAK STATUS STR BUJANG

 

Untuk menyemak status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

 

  • Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan
  • Tekan butang ‘Semak Permohonan’
  • Status kelulusan anda akan dipaparkan mengikut lampiran di bawah.
  • Contoh status LULUS akan dipaparkan mengikut lampiran di bawah:

 

https://ecentral.my/wp-content/uploads/2024/01/status-str-4-bujang-473×1024.jpg

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Semua maklumat yang diberikan di atas adalah dipetik dari Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

 

RUJUKAN PENTING 

 

 

BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment