Skim Perubatan MADANI 2024 : Bantuan Rawatan Asas Percuma untuk Penerima STR – Cara Mohon disini! Skim Perubatan MADANI merupakan inisiatif perintis Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan). Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.
BANTUAN RAWATAN ASAS PERCUMA UNTUK PENERIMA STR SKIM PERUBATAN MADANI
Skim Perubatan MADANI merupakan inisiatif perintis Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan). Antara tujuan utama Skim Perubatan MADANI ini ditubuhkan untuk menangani kesesakan pesakit di fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Kira-kira 700,000 isi rumah boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan untuk penyakit ringan di GP secara percuma dan ia dapat mengurangkan beban kos penjagaan kesihatan selain meningkatkan kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah.
Skim Perubatan MADANI memfokuskan kepada kerjasama antara sektor awam dan swasta khususnya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Penyakit Ringan.
JENIS RAWATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PENERIMA STR YANG LAYAK SKIM PERUBATAN MADANI
Rawatan pesakit luar kes-kes akut tidak terhad kepada kes-kes berikut :
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Rawatan yang tidak termasuk adalah :
- Imunisasi Rutin;
- Saringan Kesihatan;
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin;
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin;
- Perancangan Keluarga Rutin;
- Perkhidmatan Rehabilitasi;
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor;
- Permintaan Suplemen
KADAR BANTUAN RAWATAN UNTUK PENERIMA STR YANG LAYAK SKIM PERUBATAN MADANI
Berikut adalah kategori penerima STR yang memohon selepas menyemak kelayakan dan layak menerima Rawatan Sakit-Sakit Ringan PERCUMA di Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar.
Setiap kategori layak menerima rawatan percuma berdasarkan peruntukan yang telah diberikan kepada mereka seperti di bawah:
- Isi Rumah: RM 250
- Warga Emas Tanpa Pasangan: RM 125
- Bujang: RM 75
KRITERIA KELAYAKAN SPM
Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan menggunakan skim perubatan ini, pastikan anda telah memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mempunyai keluarga atau berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah automatik.
- Orang yang layak MESTI membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima sebarang manfaat atau bantuan yang sama atau serupa dengan Skim ini daripada mana-mana majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI
Setiap permohonan pasti ada cara-cara yang perlu dipatuhi supaya memudahkan proses menyemak dan mendapatkan kelulusan untuk terima bantuan, berikut adalah cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan rawatan asas percuma Skim Perubatan MADANI:
- Cara 1: Semak kelayakan anda di laman rasmi Skim Perubatan Madani
- Cara 2: Hadir ke mana-mana Klinik yang berdaftar dibawah Skim Perubatan Madani dengan membawa kad pengenalan anda dan pesakit.
Skim Perubatan ini memberi fokus kepada 10 daerah iaitu:
- W.P. Kuala Lumpur
- Gombak, Selangor
- Hulu Langat, Selangor
- Petaling, Selangor
- Klang, Selangor
- Johor Bahru, Johor
- Kinta, Perak
- Timur Laut, Pulau Pinang
- Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching, Sarawak
- Cara 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Cara 4: Had manfaat skim ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth)
CARA SEMAK BAKI HAD KADAR BANTUAN
Setelah anda berjaya mendapatkan kelulusan untuk manfaat Skim Perubatan Madani, anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan rawatan asas dan setelah dicaj, anda boleh semak baki dengan mengikuti langkah yang berikut:
1) Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
2) Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
3) Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI, anda boleh terus menghubungi pihak ProtectHealth seperti di bawah:
Telefon : +603-8687 2525
Emel : info@protecthealth.com.my
BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON
- KIRWaS 2024 : Bantuan Tunai RM500 untuk Ketua Isi Rumah Wanita – Cara Mohon disini!
- Bantuan Tunai RM200 diberi selama 4 bulan – Semak kelayakan dan cara mohon disini!
- Ini cara semak status Permohonan & Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 sebulan BINGKAS Selangor – Panduan penuh disini!
Pada awalan…sy layak menerima skim ini.Kenapa tiba tiba sekarang saya tidak layak???