Ini cara semak status Permohonan & Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 sebulan BINGKAS Selangor – Panduan penuh disini!

Ini cara semak status Permohonan & Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 sebulan BINGKAS Selangor – Panduan penuh disini. Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Selangor Sejahtera, atau singkatannya BINGKAS. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BINGKAS SELANGOR

BANTUAN E-WALLET RM300 SEBULAN BINGKAS SELANGOR

 

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Sejahtera (BINGKAS) untuk memberi sokongan kepada keluarga pasca wabak, memberikan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

 

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.

 

MANFAAT BANTUAN E-WALLET BINGKAS SELANGOR

 

 

BINGKAS bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan mengukuhkan keharmonian dan kemakmuran keluarga di Selangor.

 

Antara manfaat bantuan ini termasuklah:

 

  • Boleh membeli keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar dengan menggunakan e-wallet BINGKAS.
  • Beli barang secara tanpa tunai (e-wallet).
  • Setiap bulan had pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
  • Baki nilai untuk bulan terdahulu mesti dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
  • E-wallet BINGKAS akan ditambah nilai RM300 setiap bulan secara automatik.

 

KRITERIA KELAYAKAN BERMULA 1 JULAI 2024

 

Untuk layak mendapatkan bantuan e-wallet RM300 setiap bulan BINGKAS Selangor ini, pemohon haruslah menepati kriteria kelayakan seperti berikut:

 

  • Hanya dibuka untuk warganegara Malaysia; dan
  • Pemilih berdaftar di Selangor; dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pendapatan isi rumah setiap bulan RM5,000.00 dan ke bawah; dan
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah.

 

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

 

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang diluluskan, dan pemohon hanya boleh membuat pembelian menggunakan e-wallet sekiranya membeli barangan yang tersenarai di bawah ini. Selain dari senarai barangan di bawah, tidak akan diterima bayaran e-wallet.

 

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Ubat-ubatan
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang (lampin bayi atau dewasa)
  • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  • Barangan persekolahan (kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
  • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik)

 

BINGKAS SELANGOR

 

PANDUAN MEMBELI 

 

Gambar rajah di bawah menunjukkan panduan untuk penerima bantuan e-wallet BINGKAS membeli barang keperluan asas menggunakan e-wallet BINGKAS:

 

BINGKAS SELANGOR

 

PANDUAN UNTUK MEMOHON

 

  • Bagi pengguna baharu anda boleh daftar permohonan dengan melayari laman sesawang https://www.bingkasselangor.com/ dan daftar pengguna dahulu sebelum membuat permohonan.

 

  • Log masuk menggunakan ID pengguna yang telah anda daftar.

 

  • Pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda:

 

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

 

  • Pemohon juga boleh rujuk video di bawah sebagai rujukan sebelum membuat permohonan:

 

 

  • Semakan status boleh dilakukan dengan log masuk akaun yang telah anda daftar. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Selangkah yang boleh dimuat turun di Apple store dan juga Google play.

 

SENARAI PANEL KEDAI

 

Terdapat banyak panel kedai yang berdaftar di bawah BINGKAS Selangor, dan anda boleh semak mana-mana kedai atau pasaraya berdekatan di pautan berikut: https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan e-wallet BINGKAS Selangor atau lain-lain soalan, boleh terus hubungi hotline BINGKAS di talian 1800-22-6600 atau emel ke info@selcare.my.

 

Baca juga : SAVE 4.0 : Bantuan Rebat RM400 untuk pembelian perkakas elektrik! – Cara mohon disini

7 thoughts on “Ini cara semak status Permohonan & Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 sebulan BINGKAS Selangor – Panduan penuh disini!”

  1. Utk yg tidak arif urusan online sprt warga emas buka lah pendaftaran di pejabat pos, pejabat zakat, majlis perbandaran dan lain-lain. mestilah mesra rakyat setiap masa

    Reply
  2. I’ve been absent for a while, but now I remember why I used to love this web site. Thanks, I?¦ll try and check back more frequently. How frequently you update your web site?

    Reply
  3. Howdy! I could have sworn I’ve been to this site before but after checking through some of the post I realized it’s new to me. Nonetheless, I’m definitely delighted I found it and I’ll be bookmarking and checking back frequently!

    Reply
  4. Hello, Neat post. There’s a problem together with your site in internet explorer, may check thisK IE still is the marketplace leader and a large part of other people will leave out your wonderful writing because of this problem.

    Reply

Leave a Comment