Bantuan Tunai RM200 diberi selama 4 bulan – Semak kelayakan dan cara mohon disini!

Bantuan Tunai RM200 diberi selama 4 bulan – Semak kelayakan dan cara mohon disini! Kerajaan melalui agensi RISDA telah memperkenalkan program sumbangan bantuan musim tengkujuh atau BMT. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN TUNAI

 

BANTUAN TUNAI RM200 SELAMA 4 BULAN BMT

 

Kerajaan melalui agensi RISDA telah memperkenalkan program sumbangan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Program ini telah dilaksanakan setiap tahun bagi membantu mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh.

 

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sentiasa mengambil berat tentang kebajikan petani kecil dan penoreh getah, dan akan menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada perpecahan dalam kalangan petani kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

 

Bantuan ini kerap disalurkan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertujuan meringankan beban petani kecil dan penoreh getah yang ditimpa bencana alam ketika musim tengkujuh.

 

 

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI BMT

 

Jumlah bantuan yang ditawarkan ialah RM800 yang dikreditkan secara berperingkat dalam tempoh 4 bulan. Tahun lalu, bantuan ini telah diagihkan pada November, Disember, Januari dan Februari pada kadar RM200 sebulan.

 

Mulai 1 Jun 2024, mereka yang layak boleh memohon atau mengemas kini maklumat bantuan BMT. Dengan adanya insentif tambahan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima ketika musim tengkujuh.

 

 

KRITERIA KELAYAKAN BMT

 

Terdapat beberapa kriteria/syarat asas yang perlu diketahui oleh setiap pekebun kecil atau penoreh getah sebelum membuat permohonan, antaranya:

Pekebun Kecil 

(Pemilik Tanah yang Memiliki, Menguruskan dan/atau Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

 

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang telah mendaftar dengan RISDA
  • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Sertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – WAJIB untuk peserta JPS dan JAKOA)

 

Penoreh Getah

(Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

 

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang telah mendaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi Penoreh).

 

 

CARA PERMOHONAN BMT

 

Tarikh Permohonan dan Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 adalah dari 1 Jun hingga 30 September 2024.

 

Untuk yang ingin membuat permohonan secara dalam talian, boleh ke laman portal Pekebun Kecil RISDA: https://pekebunkecil.risda.gov.my

 

Berikut adalah gambaran tatacara permohonan, sila rujuk gambar di bawah:

 

BANTUAN TUNAI

 

 

CARA PEMBAYARAN DIBUAT

 

Kebiasaannya, bantuan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat dalam tempoh empat bulan untuk 2024 dan 2025 seperti berikut:

 

November/Disember 2024 – RM400

Januari 2025 – RM200

Februari 2025 – RM200

 

Penerima yang layak akan diproses untuk pembayaran bantuan melalui transaksi dalam talian atau Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun bank aktif yang didaftarkan oleh penerima pada masa permohonan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, atau jika anda ingin mendapatkan kepastian, anda boleh merujuk maklumat di bawah untuk anda hubungi:

 

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

Bangunan RISDA,

Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067,

50990 Kuala Lumpur.

 

Talian Hotline : 03-42510171

Emel : portalpk@risda.gov.my

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

2 thoughts on “Bantuan Tunai RM200 diberi selama 4 bulan – Semak kelayakan dan cara mohon disini!”

Leave a Comment