SKDS 2.0 : Ini cara untuk semak kelayakan diesel bersubsidi

SKDS 2.0 : Ini cara untuk semak kelayakan diesel bersubsidi – Cara mohon disini! Untuk menangani risiko ketirisan dan penyeludupan bahan api diesel bersubsidi dengan lebih berkesan, SKDS 2.0, iaitu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi, telah diperkenalkan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

SKDS

 

Pada Januari tahun lalu, fasa pertama projek itu berjaya dilaksanakan dengan penglibatan enam syarikat perintis dari sektor pengangkutan darat (kargo). Kenderaan yang terlibat dalam fasa kedua termasuk lori kargo am, lori minuman berbotol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van dan van.

 

Bagi SKDS 2.0 Fasa II, kelayakan kenderaan di bawah SKDS kini telah diperluaskan kepada 14 jenis kenderaan pengangkutan barang darat, yang bertujuan untuk membantu mengehadkan kesan kenaikan kos operasi perniagaan dan seterusnya memastikan kestabilan harga dalam kedai bagi barangan.

 

PELAKSANAAN SUBSIDI DIESEL DISASARKAN DI STESEN MINYAK DI MALAYSIA

 

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, KPDN akan memperkenalkan harga diesel baharu RM3.35 seliter di stesen minyak di Semenanjung Malaysia mulai 10 Jun 2024, 12:00 tengahari. Sebanyak 33 jenis kenderaan dan barangan pengangkutan awal akan terus mendapat manfaat daripada diesel bersubsidi melalui fleet card di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

 

Syarikat pengangkutan awam dan pengangkutan yang telah mendapat kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak diwajibkan menyimpan bukti pembelian bahan api diesel mulai 10 Jun 2024. Ini bagi membolehkan tuntutan bayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan, yang akan diumumkan kemudian.

 

Pada masa sama, KPDN menggesa syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel supaya segera berbuat demikian dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan mereka.

 

JENIS KENDERAAN LAYAK DI BAWAH SKDS 2.0

 

Mengikut gambar di bawah, berikut adalah jenis kenderaan yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS):

 

SKDS

TARIKH PERMOHONAN SKDS 2.0

 

Syarikat pengangkutan yang berurusan dengan kesemua 14 jenis kenderaan barangan tambahan boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel mulai Isnin, pada tarikh 13 Mei 2024, jam 10:00 pagi..

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKDS 2.0

 

1. Pemilik kenderaan yang merupakan individu/wakil syarikat (sekurang-kurangnya berpangkat
Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.

2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang              dibenarkan sahaja.

3.’Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.

Semua syarikat/individu yang layak membeli diesel bersubsidi fleetcard adalah tertakluk kepada syarat berikut:

4. Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan milik anda sendiri      atau berdaftar di bawah syarikat anda sahaja.

  • Menyampaikan dengan lengkap dan tepat sebarang maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
  • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran pemilikan bas dan sebagainya.
  • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPDN.
  • Penuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
  • KPDN berhak menyemak / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/penukaran syarikat Minyak boleh dibuat melalui              permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web:-

 

  1. Permohonan tambahan kuota :-
  • Borang SKDS-1

 

Permohonan penambahan kuota boleh dibuat dengan mengisi dan menghantar permohonan kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) di alamat di bawah. Untuk makluman, permohonan akan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) untuk kelulusan.

 

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

 

Pegawai yang boleh dihubungi :

Bilik Subsidi Fleetcard


Tel : 03-8882 6413
Tel : 03-8882 6758
Tel : 03-8882 6917

 

PANDUAN PERMOHONAN SKDS 2.0

 

1. Permohonan untuk SKDS 2.0 boleh dikemukakan melalui https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

2. Maklumat diperlukan adalah:

  • Butiran maklumat syarikat
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.

3. Kelulusan adalah serta-merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.

4. Syarikat akan menerima 2 dokumen:

  • Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi
  • Senarai Kenderaan yang diluluskan

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi KPDN di talian berikut:

 

Telefon: 03-8882 6769

Emel: mysubsididiesel@kpdn.gov.my

 

Berikut juga talian untuk syarikat minyak sekiranya anda mempunyai soalan terperinci untuk dikemukakan mengenai fleetcard beserta pautan link di bawah:

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

1 thought on “SKDS 2.0 : Ini cara untuk semak kelayakan diesel bersubsidi”

Leave a Comment

×