BUDI Agri-Komoditi : Bantuan Diesel RM 200 Sebulan – Cara Mohon disini

BUDI Agri-Komoditi : Bantuan Diesel RM 200 sebulan untuk Petani & Pekebun Kecil – Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

BUDI Agri-Komoditi

PENGENALAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI AGRI-KOMODITI

 

BUDI MADANI adalah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. BELANJAWAN 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi kepada rakyat.

 

Demi memastikan kebajikan rakyat terbanyak terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform untuk menyasarkan semula subsidi hanya kepada mereka yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barang darat tertentu terus menerima subsidi untuk mengawal harga barang, manakala individu terpilih diberi bantuan tunai bagi mengekang kenaikan kos sara hidup.

 

Budi Agri-Komoditi

 

BUDI Agri-Komoditi adalah sumbangan tunai Kerajaan seterusnya daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini khusus kepada petani kecil (Tanam, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi ( KPK).

 

Permohonan BUDI Agri-Komoditi telah pun dibuka dan akan dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024

 

KADAR BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI AGRI-KOMODITI

 

Pemohon yang layak dinasihatkan supaya melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.

 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun yang didaftarkan dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

 

Pembayaran BUDI Agri-Komoditi akan dilaksanakan pada setiap bulan dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon yang layak dari semasa ke semasa.

 

KPKM dan KPK akan menjalankan proses pengesahan secara berkala bagi memastikan hanya penerima sahaja yang layak menerima bantuan tunai.

 

KRITERIA KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BUDI AGRI-KOMODITI

 

Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, penternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk subsidi diesel yang disasarkan untuk fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

 

Bagi kategori perladangan pula, usahawan pertanian termasuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.

 

Kriteria kelayakan bagi sasaran subsidi diesel dalam sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:

 

Petani Kecil*

 

  1. Warganegara Malaysia;

 

  1. Individu/Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ atau telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu: – Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia ( tidak termasuk pesawah) – Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan – Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);

 

  1. Individu/Pertubuhan yang merupakan usahawan pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan serta mengeluarkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Untuk tujuan ini, usahawan pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan tahunan hasil pertanian daripada RM50,000 hingga RM300,000; dan

 

  1. Mohon secara online di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan anda memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

 

Pekebun kecil*

 

  1. Warganegara Malaysia;

 

  1. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk pekebun kecil swasta, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia. ;

 

  1. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi/jenis tanaman seperti berikut:

 

– Pekebun kecil Sawit Persendirian: keluasan 4.5 hektar dan ke bawah

 

– Petani getah persendirian kecil: keluasan 4.5 hektar atau kurang

 

– Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar atau kurang

 

  1. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan mengeluarkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Untuk tujuan ini, pekebun kecil aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan tahunan produk perladangan daripada RM50,000 hingga RM300,000; dan

 

  1. Mohon secara online di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan anda memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

 

*Nota: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh menyemak maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan jika perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon untuk penyerahan borang pengisytiharan cukai pendapatan.

 

BUDI Agri-Komoditi

CARA MOHON BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI AGRI-KOMODITI

 

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, selepas pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.

 

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara online. Pada masa yang sama, pemohon boleh hadir ke jabatan/agensi KPKM berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat mengisi borang permohonan.

 

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BUDI AGRI-KOMODITI

 

Kriteria kelayakan yang ditentukan oleh KPKM untuk petani kecil dan KPK untuk petani kecil adalah seperti di atas. Pada masa yang sama, pemohon boleh menghubungi talian KPKM di talian 03-88701207 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat atau e-mel geoagroadmin@kpkm.gov.my untuk petani kecil.

 

Bagi pekebun kecil, pertanyaan boleh dibuat di talian KPK di talian 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat atau e-mel ke subsididiesel@kpk.gov.my.

 

Maklumat lanjut mengenai tempoh pengagihan bantuan boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (DASHBOARD) permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Pertanyaan berkaitan bantuan untuk petani kecil boleh dilanjutkan secara dalam talian

 

KPKM: 03-88701207 dan emel: geoagroadmin@kpkm.gov.my.

 

Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

 

Pertanyaan berkaitan bantuan untuk petani kecil boleh disalurkan kepada KPK

melalui talian: 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dan e-mel: subsididiesel@kpk.gov.my;

 

Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

 

Pertanyaan am berkenaan BUDI MADANI boleh dihantar melalui email ke

budimadani@treasury.gov.my.

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

5 thoughts on “BUDI Agri-Komoditi : Bantuan Diesel RM 200 Sebulan – Cara Mohon disini”

  1. Hi there just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the pictures aren’t loading correctly. I’m not sure why but I think its a linking issue. I’ve tried it in two different internet browsers and both show the same results.

    Reply
  2. You actually make it appear so easy together with your presentation however I in finding this topic to be actually something which I feel I’d never understand. It kind of feels too complex and very vast for me. I’m having a look forward on your next put up, I will try to get the hang of it!

    Reply

Leave a Comment

×