BUDI MADANI: Bantuan Subsidi Diesel RM 200 – Cara Mohon disini !

TERKINI : Bantuan Subsidi Diesel RM 200 sebulan telah dibuka! – Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

SUBSIDI

PENGENALAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI INDIVIDU

 

BUDI MADANI adalah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. BELANJAWAN 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi kepada rakyat.

 

Demi memastikan kebajikan rakyat terbanyak terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform untuk menyasarkan semula subsidi hanya kepada mereka yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barang darat tertentu terus menerima subsidi untuk mengawal harga barang, manakala individu terpilih diberi bantuan tunai bagi mengekang kenaikan kos sara hidup.

 

SUBSIDI

 

  • Budi Individu

 

BUDI Individu adalah sumbangan tunai Kerajaan sebagai lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada kumpulan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

 

Permohonan BUDI Individu telah pun dibuka dan akan dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024

 

Baca juga : BUDI Agri-Komoditi : Bantuan Diesel RM 200 Sebulan – Cara Mohon disini

 

KADAR BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI INDIVIDU

 

Pemohon yang layak dinasihatkan supaya melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.

 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun yang didaftarkan dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

 

KRITERIA KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BUDI INDIVIDU

 

Kriteria kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

 

  1. Pemohon
  • Haruslah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN;

 

  1. Kriteria Pemilikan Kenderaan

 

  • Kenderaan untuk kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor belum tamat tempoh (Cukai Jalan Kenderaan);
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

 

  1. Kriteria Tambahan : Sebab TIDAK LAYAK BUDI Individu

 

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan diesel persendirian didaftarkan untuk kegunaan syarikat / organisasi;
  • Kenderaan mewah di bawah umur 10 tahun;
  • Kenderaan yang didaftarkan sebagai e-hailing; atau
  • Jenis kenderaan: Karavan, rumah motor, van persiaran dan bas persiaran

 

CARA MOHON BANTUAN SUBSIDI DIESEL BUDI INDIVIDU

 

Permohonan BUDI boleh dibuat secara online melalui portal rasmi BUDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:

 

  1. Daftar akaun pengguna
  2. Klik pada ‘Mohon Di Sini’ di ruangan untuk BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
  • Nombor ID Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon bimbit
  • Nama bank
  • Nombor Akaun Bank
  • Alamat e-mel

 

  1. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:

 

  • Nombor pendaftaran/No plat kenderaan
  • Tarikh Tamat Lesen Kenderaan Bermotor (Cukai Jalan Kenderaan)
  • Jenama / Model Kenderaan
  • Kelas Kegunaan Kenderaan

 

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BUDI INDIVIDU

 

Status kelayakan bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon melengkapkan permohonan di portal rasmi BUDI MADANI

 

Jika tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mula dibuka pada awal Jun 2024.

 

Maklumat lanjut mengenai tempoh pengagihan bantuan boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (DASHBOARD) permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Pertanyaan boleh disambungkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

 

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel: budimadani@treasury.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment