ESHND 2024 : Bantuan Tunai RM250 setiap bulan untuk Nelayan Darat – Cara Mohon disini!

ESHND 2024 : Bantuan Tunai RM250 setiap bulan untuk Nelayan Darat – Cara Mohon disini! Elaun Sara Hidup Nelayan adalah sejenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu nelayan-nelayan yang memerlukan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

ESHND

PENGENALAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN DARAT 2024

 

Elaun Sara Hidup Nelayan adalah sejenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu nelayan yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. 

 

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Jawatankuasa Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri bagi melaksanakan bayaran elaun sara hidup ini secara sekata di seluruh negara. Pejabat Perikanan Negeri merangkumi Jabatan Pertanian Sarawak bagi Negeri Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Negeri Sabah untuk membantu nelayan meringankan beban dalam menghadapi tekanan ekonomi akibat kenaikan kos sara hidup.

 

KADAR BAYARAN ESHND 2024

 

Kadar bayaran elaun sara hidup adalah sebanyak RM250.00 setiap bulan bagi setiap nelayan darat tulen yang layak.

 

KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON

 

Antara kriteria kelayakan bagi pemohon yang ingin membuat mendapatkan bantuan elaun sara hidup ini haruslah:

1. Mempunyai MyKad (Biru).

2. Dapatkan Pengesahan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi            Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) /Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan          dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)        atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan                      tempatan yang ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia,              Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah .

3. Ketua Rumah atau salah seorang ahli keluarga yang menjalankan aktiviti tangkap ikan.

4. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya diagihkan kepada nelayan darat yang tulen.

5. Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:

  • warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti menangkap ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan perairan awam lain); dan
  • menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari sebulan; dan
  • sekurang-kurangnya 75 peratus daripada jumlah pendapatan adalah daripada menangkap ikan; dan
  • tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; dan
  • bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); dan
  • tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
  • mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah untuk Sabah

 

CARA PERMOHONAN ESHND 2024

 

Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen berikut:

 

  • Salinan MyKad; dan
  • Salinan lesen peralatan menangkap ikan atau kapal yang masih sah untuk nelayan yang telah mempunyai lesen; dan
  • Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat; dan
  • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang berkenaan sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut; dan
  • Gambar pemohon.
  • Dokumen sokongan lain (jika perlu)

 

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Perikanan Daerah berhampiran.

 

BORANG YANG PERLU DILENGKAPKAN 

 

 

CARA PEMBAYARAN DIBUAT

 

1. Pembayaran elaun bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak dibuat melalui akaun Agrobank atau            bank yang berkenaan sekiranya perkhidmatan Agrobank tidak terdapat di lokasi.

2. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui Agrobank.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang kemusykilan dan soalan untuk diajukan, boleh hubungi di talian berikut:

 

Jabatan Perikanan Malaysia

Wisma Tani, Aras 1-6,

Blok Menara 4G2, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62628 PUTRAJAYA

 

Telefon: 03-8870 4426

Faks: 03-8889 2460

Emel: pro@dof.gov.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment