Bantuan Tunai RM450 bagi Ibu yang baru melahirkan anak (BIB 2024) : Cara Mohon disini!

Bantuan Tunai RM450 bagi Ibu yang baru melahirkan anak (BIB 2024) : Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN TUNAI

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM450 BIB 2024

 

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberikan bantuan tunai kepada setiap ibu berstatus “K” atau isteri pemegang kad pengenalan berstatus “K” bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bermula tahun 2020, dengan menyediakan perkhidmatan selepas bersalin seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa kuarantin, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

 

Objektif Program Bantuan Ibu Bersalin termasuk:

 

  • Mengurangkan beban kewangan pengurusan selepas bersalin
  • Bantu ibu membeli barangan selepas bersalin, seperti makanan sihat, penjagaan diri semasa berpantang, dan sebagainya.

 

 

JUMLAH BANTUAN BIB 2024

 

Sumbangan wang tunai RM 450.00 kepada ibu yang bersalin bermula 1 Januari 2020

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan Ibu Bersalin : 

 

  • Haruslah berkewarganegaraan Malaysia
  • Ibu kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Usia kandungan sudah mencecah 22 minggu ke atas.

 

Dokumen yang WAJIB disertakan ketika membuat permohonan : 

 

(i) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Ibu (Depan dan Belakang);

(ii) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);

(iii) Salinan Sijil Nikah sekiranya Pemohon bukan berstatus ‘K’;

(iv) Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Halaman Depan);

(v) Salinan Penyata Akaun Bank terkini;

(vi) Salinan Nota Keluar / Sijil Lahir Bayi / Pengesahan Doktor.

 

Nota Penting : Pengesahan semua dokumen sokongan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat dikecualikan jika pemohon memohon melalui iSarawakCare.

 

CARA UNTUK MEMOHON

 

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin masih dibuka dan boleh terus dibuat melalui : 

  • Manual
    Permohonan boleh dikemukakan ke mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pejabat Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarawak atau Jabatan Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KPWK (Kuching sahaja).

 


BANTUAN TUNAI

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan kepastian atau membuat semakan mengenai status Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi di talian yang tertera di bawah : 

 

  1. Whatsapp : +6014-6881398 (mesej sahaja)
  2. iSarawakCare (bagi permohonan atas talian)
  3. Emel : bib@sarawak.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

1 thought on “Bantuan Tunai RM450 bagi Ibu yang baru melahirkan anak (BIB 2024) : Cara Mohon disini!”

  1. Good day! I could have sworn I’ve been to this website before but after browsing through some of the post I realized it’s new to me. Nonetheless, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back frequently!

    Reply

Leave a Comment

×