MySalam : Tuntutan tunai diagnosis kesihatan dari 2019-2023 berakhir selepas 30 Jun 2024 – Semak disini

MySalam : Tuntutan tunai diagnosis kesihatan dari 2019-2023 berakhir selepas 30 Jun 2024. Untuk makluman, pihak mySalam menyeru penerima layak mySalam untuk menyerahkan tuntutan untuk Manfaat Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal dari tahun 2019 hingga 2023 selewat-lewatnya 30 Jun 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

MYSALAM

PENGENALAN SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL B40 MYSALAM

 

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ialah Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini adalah di bawah pengurusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Dana Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Berhad.

 

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ditubuhkan untuk beroperasi selama 5 tahun, bermula dari 2019 hingga 2023. Oleh kerana sambutan dan maklum balas yang menggalakkan dari rakyat Malaysia terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga 2025.

 

Skim ini menawarkan perlindungan asas Takaful yang mempunyai 2 jenis manfaat iaitu;

 

  • Manfaat Hospitalisasi – Jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, atau hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak menuntut pendapatan gantian atau tuntutan bayaran balik bil hospitalisasi sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.


Nota : Penerima MySalam mestilah bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

 

  • Manfaat Penyakit Kritikal – Jika penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan di mySalam, ahli mySalam boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 daripada mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

 

KRITERIA KELAYAKAN 

 

Kelayakan keahlian mySalam adalah berdasarkan sepenuhnya kepada kelayakan untuk Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM dan STR), yang dipohon setiap tahun dan diproses oleh Hasil. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur yang ditetapkan akan secara automatik layak menjadi ahli mySalam.

 

Kriteria umur bagi lain-lain kategori adalah seperti berikut:

 

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori kurang upaya – Individu berumur 18 hingga 65 tahun.

 

CARA TUNTUT 

 

Berikut adalah cara-cara untuk membuat tuntutan bagi setiap manfaat:-

 

1) Tuntutan Penyakit Kritikal

 

  • Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan anda (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terakhir yang anda tetapkan).
  • Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Minta doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah halaman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    a) Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    b) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

MYSALAM

 

2) Tuntutan Hospitalisasi

 

  • Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan anda (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terakhir yang anda tetapkan).
  • Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah halaman dan klik ikon Tuntutan Penghospitalan.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen yang berkaitan*. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    a) Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    b) Salinan Nota Discaj

 

*Semua dokumen yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG.

Mereka yang layak untuk program mySalam akan dimaklumkan melalui SMS mulai 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk program mySalam tetapi belum menerima SMS, anda boleh e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi di talian mySalam di 1 300 888 938 24/7 untuk bantuan lanjut.

 

NOTA: Dimaklumkan bahawa lanjutan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat sementara waktu.

 

PANDUAN SEMAK KELAYAKAN

 

Sila rujuk langkah di bawah untuk menyemak status anda :

 

  • Jika layak, anda akan mendapat teks seperti ini di bawah ruangan iaitu ‘Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2022 & 2023. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan.’

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut atau bantuan berkenaan mySalam, anda boleh menghubungi Perunding mySalam yang bertugas di kiosk di hospital panel.

Lihat di laman web mySalam untuk senarai hospital panel atau pautan link in untuk kenalpasti senarai hospital panel yang berdekatan yang menyediakan kemudahan kiosk serta khidmat nasihat daripada Perunding mySalam.

 

Daftar ini boleh diakses melalui pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Sokongan Pelanggan mySalam di 1-300-88-8938.

 

Pertanyaan juga boleh dihantar melalui e-mel ke info@mysalam.com.my. Adalah penting untuk diingat bahawa penyerahan dokumen melalui e-mel untuk tuntutan di mySalam tidak akan diproses atau diberi jawapan. Semua dokumen untuk tuntutan hendaklah dimuat naik melalui portal mySalam.

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment