Bantuan Tunai Aidiladha RM 500 2024 – Ketahui lanjut disini

Bantuan Tunai Aidiladha 2024 RM 500 bakal diagihkan Jun ini – Ketahui lanjut disini. Bantuan khas RM500 akan diagihkan kepada mereka yang layak sempena Aidiladha yang bakal tiba. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

AIDILADHA

 

PENGENALAN BANTUAN TUNAI AIDILADHA 2024 RM 500 MAIWP

 

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memaklumkan bahawa sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata seramai 32,300 asnaf penerima bantuan zakat MAIWP yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf akan diberi insentif khas dan Ar-Riqab.

 

“Dalam hal ini, secara keseluruhannya, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16,150,000 daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan para asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang.

 

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sehubungan itu, secara keseluruhan MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16 juta daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan asnaf membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha. bersama keluarga tersayang

 

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI AIDILADHA RM 500 MAIWP

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memaklumkan bantuan khas bernilai RM500 ini akan dikreditkan selewat-lewatnya menjelang Aidiladha iaitu 14 Jun 2024. Semoga wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat diberkati dan dilimpahi rezeki.

 

Pihak MAIWP sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan (asnaf) dengan sebaik mungkin. Untuk semakan pelbagai program yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, sila rujuk laman web rasmi MAIWP.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Kepada yang belum memohon untuk menerima bantuan asnaf dari MAIWP boleh rujuk cara untuk memohon di pautan berikut: KLIK DISINI

 

Anda perlu mengisi borang dan borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dokumen yang diperlukan, haruslah dihantar sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. Berikut adalah senarai kaunter yang boleh anda rujuk yang berdekatan dengan anda: Senarai Kaunter

 

Sumber : Malaysia Bangkit

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×