Bantuan Am Pelajaran RM1000 one-off MAIPk : Cara Mohon disini !

Bantuan Am Pelajaran sehingga RM1000 one-off dari MAIPk untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV), DIPLOMA / DPMV(KV) dan IJAZAH  : Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

MAIPk

PENGENALAN BANTUAN AM PELAJARAN MAIPk

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) merupakan organisasi yang mengelola hal-hal yang berkaitan dengan ZAKAT, Agihan wang zakat dan Baitulmal. MAIPk menyediakan bantuan Zakat kepada pelajar yang layak.

 

Bantuan Am Pelajaran merupakan program bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang bertujuan membantu meringankan beban pelajar untuk menyambung pelajaran.

 

Bantuan diberikan dalam bentuk wang dan jumlahnya bergantung kepada peringkat pengajian.

 

Semak kelayakan anak-anak anda dan mohon sekarang secara online andai layak. 

 

KADAR BANTUAN AM PELAJARAN MAIPk

 

Bantuan Am Pelajaran merupakan program bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang bertujuan membantu memudahkan pelajar untuk sambung pelajaran mereka.

 

Bantuan Am Pelajaran ialah bantuan sekaligus (one-off) yang diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di negara ini. Bantuan hanya akan diberikan di peringkat pengajian seperti di bawah : 

 

PERINGKAT PENGAJIAN KADAR BANTUAN
SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV) RM800.00
DIPLOMA / DPMV(KV) RM1000.00
IJAZAH RM1000.00

 

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AM PELAJARAN

 

  • Pelajar yang beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Dapatkan tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi
  • Permohonan hendaklah dihantar DALAM TEMPOH 3 BULAN dari tarikh pendaftaran
  • Pengajian sepenuh masa untuk tempoh tidak kurang daripada 12 bulan
  • Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak
  • Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak

 

PANDUAN PERMOHONAN

 

Anda boleh mendaftar dan memohon Bantuan Am Pelajaran dalam Sistem Permohonan Bantuan Dalam Talian yang baharu dengan melayari laman web di pautan berikut : 

 

http://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk 

 

Terdapat juga manual disediakan untuk pengguna yang pertama kali ingin daftar : 

 

MANUAL PENGGUNA BANTUAN AM PELAJARAN

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak

 

Telefon : 05-208-4000

 

Emel : korporat@maipk.gov.my

 

Atau anda boleh hubungi Pejabat Pentadbiran Daerah yang berdekatan di pautan ini : 

 

https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment