DELIMa KPM : Ini cara untuk tebus baucar buku RM50 dan RM100

DELIMa KPM : Ini cara untuk tebus baucar buku RM50 dan RM100. Pemberian baucar buku melibatkan murid dan pelajar institusi pendidikan di bawah KPM telah disalurkan mulai Jumaat lepas, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang melalui aplikasi DELIMa. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BAUCAR BUKU

PENGENALAN BAUCAR BUKU RM 100 DAN DELIMa KPM

 

Pada 30 Mei 2024, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku kepada pelajar. Hari ini butiran pemberian baucar akhirnya dikongsi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Baucar RM50 diberikan kepada pelajar tahun 4 hingga 6. Manakala baucar RM100 untuk pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

 

DELIMa KPM

DELIMa adalah singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. DELIMa ialah platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan rujukan pembelajaran untuk pelajar dan guru. DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan menggunakan peranti dengan akses Internet.

 

Untuk mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh diperolehi melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan pula, ID ini juga boleh digunakan oleh pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkat Enam.

 

CARA LOG MASUK DELIMa KPM

 

Warga pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah disediakan oleh penyelaras ICT sekolah sebelum ini.

 

Guru dan pelajar hanya perlu mengikuti langkah berikut untuk log masuk ke laman web:

 

  • Pastikan peranti mempunyai akses internet
  • Pergi ke https://d2.delima.edu.my
  • Log masuk menggunakan ID yang disediakan oleh pihak sekolah.

 

CARA TEBUS BAUCAR BUKU 

 

Baucar ini kini boleh ditebus melalui aplikasi Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Bagi mereka yang ingin menebus baucar sila ikuti langkah di bawah.

 

  1. Murid/pelajar log masuk ke aplikasi DELIMa menggunakan id/kata laluan DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

 

  1. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipaparkan pada akaun masing-masing.

 

  1. Murid/murid boleh memilih tajuk yang disukai daripada pelbagai tajuk yang ada terutama daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

 

  1. Selepas memilih, pelajar boleh mendaftar keluar dan memilih pilihan pembayaran kredit e-stor.

 

  1. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

 

  1. Proses selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Setiap pelajar akan diberikan ID yang membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.

 

Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Kata Laluan Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

 

DELIMa adalah satu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar. Aplikasi ini boleh digunakan oleh guru dan pelajar menggunakan ID moe-dl.

Boleh mengakses pelbagai aplikasi pembelajaran, buku teks dan juga akses ke perpustakaan.

 

Jadi ibu bapa, pelajar dan guru yang sudah mempunyai akaun moe-dl, boleh menggunakan semua bahan yang ada.

Link Portal Delima KPM: https://delima.moe-dl.edu.my/

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

 

Leave a Comment