FLYsiswa 2024 : Ini cara mohon Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT

FLYsiswa 2024 : Ini cara mohon Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

FLYSISWA

PENGENALAN FLYSISWA 2024

 

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pemberian tiket kapal terbang bersubsidi kepada pelajar IPT untuk melancong antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

 

Ini bermakna pelajar IPT yang berasal dari Semenanjung yang melanjutkan pelajaran di Sabah/Sarawak dan pelajar IPT yang berasal dari Sabah/Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah setelah ditolak subsidi yang diberikan kerajaan.

 

KADAR BANTUAN SUBSIDI DAN CARA PENGGUNAAN BAUCAR FLYSISWA 2024

 

Kerajaan bersetuju memberi bantuan subsidi sebanyak RM300 untuk tiket penerbangan pelajar universiti awam bagi laluan domestik di Semenanjung, Sabah, Sarawak.

 

Berikut adalah cara dan contoh penggunaan baucar yang boleh dijadikan rujukan. Sila rujuk gambar di bawah.

FLYSISWA

KRITERIA KELAYAKAN FLYSISWA 2024

 

  • Pelajar yang layak menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang :

 

  1. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang menuntut di Semenanjung;
  2. berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang kini menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  3. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  4. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  5. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang memohon di Sabah atau Sarawak.

 

  • Pelajar masih mendaftar dengan institusi pengajian tinggi masing-masing pada 31 Disember 2023 untuk Fasa 1 (bermula 1 Mei 2024) dan 31 Mac 2024 untuk Fasa 2 (dijangka bermula pada 1 Julai 2024).

 

TEMPOH TARIKH UNTUK MEMOHON

 

Tempoh Permohonan Baucar : 1 Mei 2024 sehingga 30 November 2024

 

Tarikh Akhir Penebusan Baucar FLYsiswa 2024 : 31 Disember 2024

 

SOALAN LAZIM FLYSISWA 2024

 

Antara soalan lazim yang dikemukakan pelajar yang berminat dan ingin mendapatkan bantuan subsidi tiket penerbangan untuk mereka pulang ke tempat tinggal semasa cuti semester yang sedikit sebanyak membantu menjawab kekeliruan adalah seperti yang berikut.

 

  1. Laluan dan kelas penerbangan yang dibenarkan

 

Subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala untuk laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar memohon (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).

 

  1. Syarikat penerbangan yang terlibat : 

 

 

  1. Cara semak kelayakan

 

Untuk semak kelayakan setelah membuat permohonan, boleh membuat semakan di pautan berikut : https://subsidiudara.mot.gov.my/

 

  1. Cara membuat rayuan jika tidak layak

 

Untuk membuat rayuan untuk mendapatkan subsidi bagi pembelian tiket penerbangan, pelajar universiti awam perlu mengambil langkah berikut:

 

  • Membuat semakan kelayakan melalui laman web FLYsiswa. Jika pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh mengklik rayuan untuk memulakan permohonan rayuan;
  • mengisi maklumat pelajar yang diminta untuk semakan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing;
  • Setelah diperakui dan disahkan oleh pentadbir di institusi pendidikan masing-masing dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi universiti awam, kolej komuniti dan politeknik atau Kementerian Pendidikan bagi kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru, pelajar akan menerima emel pemberitahuan kelulusan rayuan itu; dan
  • Pelajar boleh terus memohon subsidi untuk pembelian tiket penerbangan di syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.

 

Tarikh akhir untuk mengemukakan rayuan adalah 30 September 2024.

 

Untuk ketahui lebih lanjut Soalan Lazim yang dikemukakan boleh terus ke pautan Laman Rasmi FLYsiswa : 

 

https://subsidiudara.mot.gov.my/faq

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Kementerian Pengangkutan Malaysia,

No. 26, Jalan Tun Hussein,

Presint 4,

62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

Telefon : 03-8000 8000

 

Emel : Aduan MOT

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

2 thoughts on “FLYsiswa 2024 : Ini cara mohon Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT”

  1. Admiring the hard work you put into your blog and detailedinformation you provide It’s nice to come across a blog every once in a while that isn’t the same old rehashed materialExcellent read! I’ve saved your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account

    Reply
  2. Great items from you, man I have understand your stuff prior to and you’re just extremely great I actually like what you have bought right here, certainly like what you are stating and the best way in which you are saying it You make it enjoyable and you continue to care for to stay it smart I can not wait to read much more from you This is really a wonderful web site

    Reply

Leave a Comment

×