BIB 2024 : Bantuan Tunai RM 450 untuk Ibu Bersalin – Mohon jika layak!

BIB 2024 : Bantuan Tunai RM 450 untuk Ibu Bersalin di bawah Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak – Mohon jika layak! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

BIB

PENGENALAN BANTUAN IBU BERSALIN(BIB) 2024

Bantuan Bersalin (BIB) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan memberikan bantuan tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan selepas bersalin seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh kuarantin, mulai tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

 

OBJEKTIF BANTUAN IBU BERSALIN(BIB) 2024

 

Antara objektif inisiatif Bantuan Ibu Bersalin dimulakan adalah untuk : 

 

  • Meringankan beban kewangan pengurusan selepas melahirkan anak
  • Membantu dari segi pembelian barang keperluan ibu selepas bersalin seperti pemakanan sihat, penjagaan diri semasa berpantang dan sebagainya.

 

KADAR BANTUAN 

 

Pemberian sebanyak RM 450.00 dalam bentuk tunai kepada ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020

 

KRITERIA KELAYAKAN

 

Berikut adalah kriteria-kriteria kelayakan bagi Bantuan Ibu Bersalin : 

 

  • Haruslah berkewarganegaraan Malaysia
  • Ibu kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Usia kandungan sudah mencecah 22 minggu ke atas.

 

Dokumen yang WAJIB disertakan ketika membuat permohonan : 

 

(i) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Ibu (Depan dan Belakang);

 

(ii) Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);

 

(iii) Salinan Sijil Nikah sekiranya Pemohon bukan berstatus ‘K’;

 

(iv) Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Halaman Depan);

 

(v) Salinan Penyata Akaun Bank terkini;

 

(vi) Salinan Nota Keluar / Sijil Lahir Bayi / Pengesahan Doktor.

 

Nota Penting : Pengesahan semua dokumen sokongan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat dikecualikan jika pemohon memohon melalui iSarawakCare.

 

BIB

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin masih dibuka dan boleh terus dibuat melalui : 

 

  • Manual
    Permohonan boleh dikemukakan ke mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pejabat Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarawak atau Jabatan Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KPWK (Kuching sahaja).

 

BIB

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan kepastian atau membuat semakan mengenai status Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi di talian yang tertera di bawah : 

 

  1. Whatsapp : +6014-6881398 (mesej sahaja)
  2. iSarawakCare (bagi permohonan atas talian)
  3. Emel : bib@sarawak.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment