SKWS 2024 : Bantuan Kesihatan Wanita – Semak dan mohon jika layak

SKWS 2024 : Bantuan Kesihatan Wanita Selangor – Semak dan mohon jika layak. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

SKWS

PENGENALAN BANTUAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

 

Kerajaan Negeri Selangor percaya wanita adalah aset penting dalam pembangunan negeri dan negara. Ramai wanita bekerja dan tekun dalam menyara keluarga mereka.

 

Atas sebab ini, Kerajaan Negeri Selangor dengan inisiatif Yayasan Wawasan Anak Selangor (YAWAS) menubuhkan Program Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS/MammoSEL). Matlamat utamanya adalah untuk memastikan wanita mengekalkan kesihatan mereka dalam keadaan optimum.

 

Kempen di bawah Program Kesihatan Wanita Selangor termasuk kempen “1 Juta Wanita Sihat di Selangor”, yang menyediakan mammogram percuma kepada wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Program ini bertujuan memberi pemeriksaan mammogram percuma kepada semua wanita di negeri Selangor.

 

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

 

Berikut adalah kriteria-kriteria kelayakan sebelum membuat permohonan, antaranya:

 

1) Wanita Malaysia berumur 50 tahun ke atas; DAN

 

2) Pengundi Negeri Selangor; DAN

 

3) Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

 

4) Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (bukan lahir di Negeri Selangor)

 

* Pemohon mesti mendapatkan cop pengesahan bermastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan hanya berhampiran kediaman

 

PANDUAN MEMBUAT PERMOHON SKWS

 

1) Permohonan SKWS diterima hanya secara online. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut: https://skw.yawas.my/web/permohonan_online.php?kp=

 

2) Setelah pendaftaran selesai, calon hendaklah menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau melalui emel ke pendaftaranskws@gmail.com

 

3) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:

 

  • salinan kad pengenalan pemohon
  • borang permohonan dalam talian (sekiranya anda bukan lahir di Selangor, anda WAJIB dapatkan bukti tempat tinggal)
  • salinan sah daftar pemilih (SPR) pemohon.

 

SKWS

 

SENARAI HOSPITAL DI BAWAH SKWS

 

Berikut adalah senarai hospital Panel di bawah kerjasama bersama YAWAS untuk Wanita di selangor melakukan pemeriksaan Mammogram dengan percuma:

 

  1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)
  2. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)
  3. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)
  4. KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)
  5. MAKNA
  6. BEACON HOSPITAL SDN BHD
  7. AURELIUS HOSPITAL NILAI
  8. SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)
  9. KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52,

Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor.

 

Telefon :  03 5481 8839 / 03 5481 8835

Emel : pendaftaranskws@gmail.com

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×