Ini cara mohon saringan kesihatan percuma PERKESO : Mohon disini.

Semak kelayakan dan mohon program saringan kesihatan PERCUMA yang telah dilanjutkan ke 2024. Ketahui cara memohon disini! 

 

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA(HSP)PERKESO

Program Saringan Kesihatan (HSP) merupakan insentif yang disediakan oleh PERKESO dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan mengenal pasti kumpulan pekerja yang berisiko tinggi menghidap penyakit tidak berjangkit. Melalui program ini, pemeriksaan kesihatan ditawarkan secara percuma kepada pekerja yang layak untuk memangkin kesedaran berkenaan kepentingan pemeriksaan kesihatan di kalangan pekerja bagi pengesanan awal penyakit tidak berjangkit.

PERKESO – Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 menawarkan pemeriksaan kesigatan percuma kepada pekerja yang layak bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit(NCD) seperti :

  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Kanser
  • Risiko penyakit jantung

 

 OBJEKTIF HSP

  1. a) Memupuk kesedaran pekerja terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.
  2. b) Mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.
  3. c) Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit.
  4. d) Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit.
  5. e) Meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat

 

TARIKH PROGRAM

16 Mei 2023 hingga 2024.

 

 KRITERIA KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 40 hingga 59 tahun
  3. Pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan iaitu mempunyai sekurang-kurang satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa.
  4. Telah membuat caruman di bawah Skim Keilatan selama sekurang-kurangnya 12 bulan

 

CARA MEMOHON

Muat turun aplikasi SEHATi secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store untuk:

  • Semak kelayakan
  • Tetapkan temujanji saringan kesihatan  
  • Mengakses keputusan saringan kesihatan

 

Setelah memohon, pencarum boleh semak kelayakan di portal laman sesawang SEHATi atau aplikasi SEHATi yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore atau Apple Appstore.

 

CARA GUNA APLIKASI SEHATI

  1. Muat turun aplikasi SEHATi secara percuma dari Google Playstore atau Apple Appstore.  
  2. Daftar sebagai pengguna di aplikasi SEHATi
  3. Lengkapkan soalan pra-penilaian dan DASS-21 untuk semak kelayakan HSP anda
  4. Pilih pakej saringan kesihatan standard.
  5. Pilih janji temu saringan kesihatan dengan Klinik Panel HSP melalui Aplikasi SEHATi
  6. Hadir ke klinik mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan.
  7. Selepas melengkapkan saringan kesihatan standard, pekerja wanita yang berminat untuk menjalani pemeriksaan mamogram perlu juga membuat janji temu dengan Pusat Mamogram Panel HSP melalui aplikasi SEHATi.

Panduan pengguna untuk menggunakan aplikasi SEHATi boleh didapati di https://sehati.perkeso.gov.my/source/guide

 

JENIS PEMERIKSAAN YANG DITAWARKAN

  • Pemeriksaan fizikal seperti berikut :

  • Saringan kesihatan mental
  • Khidmat Nasihat

 

MAKLUMAT LANJUT

No. Telefon: 1-300-22-8000

Emel: sehati@perkeso.gov.my

Alamat: Pertubuhan Keselamatan Sosial  

Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan

Tingkat 15, Menara PERKESO

281, Jalan Ampang

50538 Kuala Lumpur

 

RUJUKAN PENTING

SOALAN LAZIM SARINGAN KESIHATAN HSP 3.0

LAMAN UTAMA SEHATI

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

STR FASA 3

Bantuan Kanak-kanak RM 1000

Senarai Penerima Bantuan MyKad

Leave a Comment