Rumah Pertama SJKP-MADANI 2024 : Cara mohon bagi yang layak

Jom mohon rumah pertama SJKP MADANI di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan-MADANI (SJKP-MADANI)! Baca di bawah untuk ketahui lebih lanjut bagaimana cara untuk semak kelayakan dan cara permohonan.

 

PENGENALAN SJKP-MADANI 2024

 

Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP – MADANI) ialah inisiatif kerajaan yang dilancarkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi kumpulan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah kali pertama tanpa pendapatan tetap dan slip gaji , seperti pekerja ekonomi gig dan pekerja bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil layak mendapat kemudahan gadai janji. 

 

Rumah Pertama SJKP

PERKARAPENERANGAN  
Tujuan PembiayaanPembiayaan gadai janji  
Had PembiayaanSehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  
Jenis Pembiayaan Pinjaman/Pembiayaan bertempoh  
Tempoh Pembiayaan  Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) 
Jaminan PembiayaanJaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi

  • Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
  • Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot 
Kadar Faedah/KeuntunganSeperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

 

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

*LTHO: Long Term House owner’s Takaful  

 

SYARAT KELAYAKAN SJKP-MADANI 2024

 

  • Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Dibawah kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Membeli rumah buat kali pertama kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Permohonan ini terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik pinjaman kesemua pinjaman yang pemohon ada tidak boleh melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.
  • Tiada rekod tunggakan CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.

 

 

CARA MEMOHON SJKP-MADANI 2024

 

Cara mohon SKJP

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

  • Kediaman/Rumah
    • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah

 

  • Pendapatan
    • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
    • Surat pengesahan pekerjaan

 

  • Dokumen Sokongan Lain
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Surat Pengesahan (jika ada)
    • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.

 

 

RUJUKAN PENTING

 

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,

15 Lorong Dungun, Bukit Damansara

50490 Kuala Lumpur

Malaysia

 

Telefon: +603-2096-5000

Emel: enquiry@sjkp.com.my

 

BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

2 thoughts on “Rumah Pertama SJKP-MADANI 2024 : Cara mohon bagi yang layak”

  1. Nice post. I was checking constantly this blog and I am impressed! Extremely helpful information specially the last part 🙂 I care for such information a lot. I was looking for this certain information for a long time. Thank you and good luck.

    Reply

Leave a Comment

×