Bantuan Tunai RM 500 Untuk Ibu Tunggal : Cara Mohon disini

Bantuan Tunai RM 500 secara one off buat ketua isi rumah wanita dan/atau ibu tunggal. Semak kelayakan dan ketahui cara mohon disini.

 

Bantuan Tunai RM 500 Untuk Ibu Tunggal 

 

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak(JWKS) telah memperkenalkan satu lagi bantuan kerajaan negeri iaitu Bantuan Ketua Keluarga Wanita Sarawak (KIRWaS) yang mempunyai objektif untuk mengupayakan wanita Sarawak terutamanya golongan ketua isi rumah dan/atau ibu tunggal dalam mewujudkan peluang menjana pendapatan.

SYARAT & KRITERIA TERIMA PERMOHONAN

 

  • Pemegang kad pengenalan mestilah berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”.
  • Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun ke atas (mereka yang berniaga SAHAJA).
  • Ibu tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita.  
  • Pendapatan isi rumah di antara RM1,169.00 – RM4,849.00;  
  • Bukan penerima Bantuan Kebajikan.
  • Harus mengemukakan borang yang LENGKAP diisi beserta LAMPIRAN yang disahkan.

 

NOTA PENTING

 

a) Ibu Tunggal merujuk kepada:  

  1. Ibu yang telah bercerai atau
  2. Balu atau
  3. Wanita yang mempunyai anak di bawah jagaan yang berdaftar.

b) Ketua Keluarga Wanita

  • Masih mempunyai suami tetapi suami tidak lagi berupaya untuk bekerja  

 

CARA MEMOHON BANTUAN 

 

  1. Borang Permohonan ini adalah percuma.
  2. Borang ini hendaklah diisi dan diserahkan oleh pemohon sendiri.  
  3. Tidak perlu membuat bayaran bagi permohonan ini dan tiada perkhidmatan disediakan.
  4. Keputusan permohonan hanya disemak oleh pihak JWKS dan tiada pihak lain yang dilantik untuk meluluskan permohonan dan penyediaan salinan dokumen(Salinan kad pengenalan, Pengesahan Pendapatan dan Penyata Akaun Bank).

 

SENARAI SALINAN DOKUMEN PENTING (DISAHKAN)

 

  1. Salinan fotokopi kad pengenalan pemohon.  
  2. Muka depan buku bank pemohon atau salinan penyata akaun bank (maklumat pemegang akaun seperti NAMA BANK, NO. AKAUN, NAMA PENUH).  
  3. Salinan penyata gaji/ Pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan terkini pemohon.
  4. Sijil cerai atau sijil kematian atau Surat Pengesahan Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesahkan (Sila Rujuk Syarat Permohonan). 
  5. Salinan sijil pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan dan permit perniagaan pemohon. (jika ada sahaja, jika tiada tidak perlu)  
  6. Dokumen-dokumen penting lain yang berkaitan (Seperti contoh:: Surat Pengesahan Bujang tetapi mempunyai hak penjagaan anak/Surat Orang Kurang Upaya/dan lain-lain).  

(Sila semak dan pastikan salinan dokumen adalah jelas dan boleh dibaca)

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Penolong Pegawai KIRWAS:  

  1. Puan Noor Diana  
  2. Cik Sharifa Nuru Fatiha  
  3. Cik Cai Peizhen

No. Telefon: 082-512666  

E-mel: bantuakirwas@gmail.com  

 

JABATAN WANITA DAN KELUARGA SARAWAK  

WISMA WANITA  

JALAN BAKTI, OFF JALAN SULTAN TENGAH,  

SEMARIANG, PETRA JAYA,  

93050 KUCHING, SARAWAK  

TEL : 082-512666  

FAX : 082-512632

 

RUJUKAN PENTING  

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

Leave a Comment