Bantuan STR Fasa 4 2024: Semak Status & Jadual Bayaran

Bagaimanakah status permohonan anda untuk Bantuan STR Fasa 4 2024? Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui jadual pembayaran dan memastikan anda menerima bantuan yang sepatutnya.

 

Bantuan STR Fasa 4: Semak Status & Jadual Bayaran

Bantuan STR Fasa 4 2024: Semak Status & Jadual Bayaran

 

Bantuan STR Fasa 4 merupakan manifestasi aspirasi untuk membentuk Malaysia Madani yang inklusif dan mampan. Inisiatif ini bukan sekadar bingkisan ekonomi, tetapi juga lentera harapan yang menyinari liku-liku kehidupan rakyat Malaysia demi memastikan tiada satu pun lapisan masyarakat yang ditinggalkan dalam arus kemajuan.

Marilah kita selami lebih dalam lagi bagaimana Bantuan STR Fasa 4 2024 akan menjadi tulang belakang dalam usaha kita memperteguh kesatuan dan kemakmuran bersama.

 

Pengenalan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah konsep payung Rahmah di bawah Bajet MADANI Kedua (Bajet 2024) untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambah baik melalui pewujudan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), bantuan bulanan/tambahan yang disasarkan khusus kepada golongan fakir, miskin, B40 dan M40. 

 

Nilai Bantuan Dan Penerima STR 2024

 

 

 

Kaedah Pembayaran

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

 

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

TERKINI : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2024.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

STR 2024 –  Fasa Tarikh Pembayaran STR 2024
Fasa 1 29 Januari 2024
Fasa 2 April 2024
Fasa 3 Ogos 2024
Fasa 4 November 2024

 

 

 

 

 

Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

 

Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.

 

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, semua maklumat asal BKM boleh didapati di akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk log masuk ke akaun STR anda, anda perlu terlebih dahulu menggunakan kata laluan yang sama seperti dalam portal BKM.

Log masuk MySTR memerlukan nombor Mykad dan kata laluan berdaftar.

Jika anda menghadapi masalah melupakan kata laluan BKM anda yang terdahulu, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Jika anda terlupa kata laluan anda dan gagal menjawab soalan keselamatan (3 percubaan dibenarkan), ID MySTR anda akan disekat dan anda akan dibenarkan mencuba lagi selepas 24 jam.

Untuk sebarang bantuan lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline LHDNM atau BKK LHDNM yang terdekat di 1-800-88-2747.

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:

 

RUJUKAN PENTING 

 

SEMAK BANTUAN LAIN:

Leave a Comment