Bantuan Tunai RM300 Permata Makmur – Cara Mohon disini

Permata Makmur 2024 : Bantuan Tunai RM300 untuk Bayi Kelahiran Pahang – Cara Mohon disini. Inisiatif Kerajaan Negeri pahang bagi meneruskan Program Anak Kebanggaan Pahang. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

Permata Makmur

PENGENALAN PERMATA MAKMUR 2024

 

Bantuan ini merupakan program inisiatif kerajaan negeri untuk meneruskan program Pahang Pride Kid (Pahang Pride Kid 2023). Kerajaan Pahang sejak 2023 bersetuju menambah jumlah sumbangan Program Kebanggaan Pahang sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300.

 

Di bawah Belanjawan Negeri Pahang, dinyatakan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang(Permata Makmur 2024). Bantuan ini boleh digunakan untuk simpanan kewangan dan juga pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu semasa berpantang.

 

BANTUAN PERMATA MAKMUR 2024

 

Setiap kelahiran bayi di negeri Pahang akan menerima bantuan saguhati bernilai RM300. Sebanyak RM50 dalam bentuk barangan bayi, sejumlah RM250 dalam bentuk simpanan bank (Tabung Akaun Simpan SSPN Prime).

Secara ringkasnya, sumbangan ini adalah seperti berikut:

  • RM50 untuk keperluan bayi
  • RM250 simpanan bank (Tabung Akaun Simpan SSPN Prime)

 

KRITERIA KELAYAKAN

 

  • Anak yang dilahirkan sebagai warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2024

 

CARA PERMOHONAN

 

  1. Untuk memohon, boleh membuat permohonan secara talian di pautan berikut : https://erakyat.pahang.gov.my/

 

  1. Setelah itu, klik Permohonan Permata Makmur.

 

  1. Isi maklumat di ruang kosong yang ditetapkan dengan lengkap dan klik Hantar.

 

  1. Untuk membuat semakan selepas membuat permohonan, boleh ke pautan yang sama di atas dan klik Semakan

 

PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME

 

Jika anda ingin tahu cara mendaftar SSPN Prime, anda boleh ikut panduan di bawah:

 

  1. Layari laman web pendaftaran Simpan SSPN Prime (https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount);
  2. Isikan semua butiran seperti nama pendeposit, penerima manfaat, nombor kad pengenalan, pekerjaan, alamat semasa dan lain-lain;
  3. Masukkan jumlah deposit bermula dari RM20 dan buat pembayaran dalam talian;
  4. Pembayaran telah selesai dan pembukaan akaun anda telah berjaya.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian berikut:

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

1 thought on “Bantuan Tunai RM300 Permata Makmur – Cara Mohon disini”

Leave a Comment

×