Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan untuk Warga OKU – Panduan permohonan disini

Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan untuk Warga OKU – Panduan permohonan disini. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka inisiatif untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan tiruan/bantuan sokongan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

 

OKU

PENGENALAN BANTUAN ALAT TIRUAN/ALAT SOKONGAN UNTUK WARGA OKU

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka inisiatif untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan alat tiruan/alat sokongan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan perlu membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan atau Pengamal (kerajaan/swasta) atau Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut jenis kecacatan. 

 

Bantuan ini membolehkan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat meningkatkan keupayaan dan mobiliti untuk menjalani kehidupan.

 

KADAR BANTUAN

 

Kadar bantuan adalah selaras dengan harga yang telah ditetapkan.

 

KRITERIA KELAYAKAN

 

Berikut telah ditetapkan beberapa syarat asas untuk memohon bantuan ini, antaranya:

 

  • Warganegara dan penduduk Malaysia;
  • Kumpulan sasaran JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Purata Kemiskinan Isi Rumah Semasa atau Purata Miskin Per Kapita Semasa PGK;
  • Disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar (kerajaan/swasta)/ Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut jenis kecacatan;

 

Nota:

Sumbangan daripada keluarga untuk membiayai sebahagian daripada kos alat tiruan/alat sokongan adalah digalakkan.

 

JENIS ALAT TIRUAN/ALAT SOKONGAN

 

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Penggantian / Baik Pulih Alat
  • Alat-alat Keperluan Lain

 

CARA PERMOHONAN

 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

 

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

BORANG UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi JKM di talian seperti berikut:

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03-8000 8000

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment