MAIK : Bantuan Tunai Bulanan sehingga RM400 – Semak kelayakan dan mohon jika layak! Bantuan khas untuk golongan asnaf yang menetap di Kelantan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.
BANTUAN TUNAI BULANAN SEHINGGA RM400 MAIK
Bantuan bulanan ini merupakan bantuan bulanan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Melayu Kelantan (MAIK) kepada golongan asnaf yang layak bagi menampung perbelanjaan harian serta meringankan beban kewangan mereka.
KATEGORI ASNAF
Kategori asnaf yang ditetapkan oleh MAIK untuk terima bantuan ini adalah Fakir, miskin dan muallaf
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BULANAN MAIK
Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan bagi pemohon untuk layak menerima bantuan bulanan dari MAIK, antaranya:
- Beragama Islam
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan dan tidak menerima apa-apa bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
- Menepati syarat penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Pemohon mestilah berumur lebih 60 tahun dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung perbelanjaan harian sepenuhnya berdasarkan penilaian MAIK
- Pemohon di bawah umur 60 tahun layak sekiranya pemohon menghidap penyakit kronik (terlantar/tidak boleh bekerja) atau tergolong dalam asnaf muallaf dan kes-kes tertentu berdasarkan penilaian MAIK.
- Bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana badan atau agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat melainkan pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung perbelanjaan sepenuhnya
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Untuk tujuan pengesahan maklumat, dokumen berkenaan maklumat diri diperlukan supaya bantuan dapat disalurkan pada mereka yang sememangnya layak untuk bantuan bulanan, seperti:
- Salinan Kad Pengenalan / sijil kelahiran pemohon, pasangan dan tanggungan
- Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu daripada akaun bank berikut yang masih aktif; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
- Salinan sijil kematian, sijil cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
- Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan jika bekerja di sektor kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan jika tiada slip gaji
- Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis tentang kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
KADAR BAYARAN TIAP BULAN
Terdapat dua jenis kadar bantuan diberikan kepada penerima yang telah diluluskan permohonan. Kadar ini diberi mengikut kemampuan individu atau yang mempunyai tanggungan untuk disara.
Kadar 1 (RM400):
Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang memenuhi syarat kelayakan dan tidak mempunyai sebarang pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan penilaian MAIK.
Kadar 2 (RM200):
Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang berpendapatan tetapi tidak dapat menampung perbelanjaan harian sepenuhnya berdasarkan penilaian MAIK. (tertakluk kepada perubahan semasa; kelulusan mesyuarat / Timbalan Pengerusi / Pegawai Diberi Kuasa)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi MAIK
- Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
- Pemohon hendaklah memuat naik dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-Agihan MAIK
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberikan maklumat palsu akan ditolak
- Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali kes-kes tertentu
- Bantuan diberikan untuk tempoh 2 tahun dan selepas itu akan disemak melalui program pemutihan. Hanya pemohon yang layak akan terus diberikan bantuan.
CARA TERIMA BAYARAN
Bayaran akan disalurkan kepada penerima layak melalui 2 kaedah, iaitu:
- Pembayaran dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT)
- Bayaran tunai di kaunter (bagi penerima baru pertama kali dan penerima yang tidak boleh membuka akaun bank seperti lumpuh, muflis, sakit mental dan lain-lain)
RUJUKAN PENTING
MAKLUMAT LANJUT
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Islam Darul Naim,
Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Emel : maik@e-maik.my
Telefon : +609-7481512
Faks : +609-7485512
BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON
I as well think thence, perfectly indited post! .
Needed to compose you this little bit of word to give thanks yet again for your spectacular opinions you have discussed here. It’s really extremely generous of people like you to grant extensively all a few individuals might have made available for an electronic book in order to make some dough for themselves, particularly considering the fact that you might have tried it if you ever decided. The ideas also served to become a easy way to know that the rest have the identical desire really like mine to realize more and more with reference to this problem. I am sure there are some more pleasant periods up front for many who start reading your blog.