KIRWaS 2024 : Bantuan Tunai RM500 untuk Ketua Isi Rumah Wanita – Cara Mohon disini!

KIRWaS 2024 : Bantuan Tunai RM500 untuk Ketua Isi Rumah Wanita – Cara Mohon disini! Difahamkan, program khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu inisiatif yang disediakan kerajaan negeri pada tahun ini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

KIRWAS

 

BANTUAN TUNAI RM500 UNTUK KETUA ISI RUMAH WANITA KIRWAS 2024

 

 

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak(JWKS) memperkenalkan satu lagi bantuan kerajaan negeri iaitu Bantuan Ketua Keluarga Wanita Sarawak (KIRWaS) yang bertujuan memperkasakan wanita Sarawak khususnya ketua isi rumah dan/atau ibu tunggal untuk mencipta peluang menjana pendapatan.

 

Matlamat utama bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban dan meluaskan peluang ekonomi wanita. Berkat insentif ini, ia dapat meningkatkan taraf hidup dan memberi peluang kepada wanita untuk berdikari dalam kehidupan berkeluarga.

 

 

TARIKH PERMOHONAN DAN KADAR BANTUAN KIRWAS 2024

 

 

Pemohon yang lulus, akan menerima bantuan tunai RM500 dan bantuan tunai tersebut adalah bayaran secara ‘one-off’. Untuk makluman am, permohonan bantuan KIRWAS dibuka mulai 25 Jun 2024.

 

 

SYARAT & KRITERIA PERMOHONAN KIRWAS DILULUSKAN

 

 

Sebelum permohonan boleh diluluskan, pemohon haruslah menepati syarat & kriteria kelayakan seperti berikut:

 

  • Pemegang kad pengenalan mesti mempunyai status “K” atau menjadi isteri kepada pemegang kad pengenalan status “K”;
  • Usahawan wanita Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas (HANYA yang menjalankan perniagaan);
  • Ibu tunggal atau ketua isi rumah wanita;
  • Pendapatan isi rumah dari RM1,298.00 dan ke bawah;
  • Tidak menerima sebarang Bantuan Kebajikan.
  • Harus menyerahkan borang yang telah diisi dengan LENGKAP dengan LAMPIRAN yang diperakui. (rujuk di bawah Cara untuk Mohon)

 

Nota penting:

 

  1. i) Ibu tunggal merujuk kepada:
  • Ibu yang telah bercerai/janda atau
  • Balu atau
  • Wanita yang mempunyai anak di bawah jagaan berdaftar.

 

  1. ii) Wanita yang menjadi ketua keluarga
  • Masih mempunyai suami, tetapi dia tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk bekerja.

 

 

CARA UNTUK MOHON

 

 

  1. Borang permohonan ini adalah percuma. (format yang digunapakai: Google Forms)
  2. Borang ini hendaklah diisi dan diserahkan oleh pemohon sendiri.
  3. Tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk aplikasi ini dan tiada perkhidmatan disediakan.
  4. Keputusan permohonan hanya disemak oleh pihak JWKS dan tiada pihak lain yang dilantik untuk meluluskan permohonan dan penyediaan salinan dokumen(Salinan kad pengenalan, Pengesahan Pendapatan dan Penyata Akaun Bank).

 

     Senarai dokumen penting yang diperlukan:

 

  • Salinan fotokopi kad pengenalan pemohon.  
  • Muka depan buku bank pemohon atau salinan penyata akaun bank (maklumat pemegang akaun seperti NAMA BANK, NO. AKAUN, NAMA PENUH).  
  • Salinan penyata gaji/ Pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan terkini pemohon.
  • Sijil cerai atau sijil kematian atau Surat Pengesahan Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesahkan (Sila Rujuk Syarat Permohonan). 
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan dan permit perniagaan pemohon. (jika ada sahaja, jika tiada tidak perlu)  
  • Dokumen-dokumen penting lain yang berkaitan (Seperti contoh:: Surat Pengesahan Bujang tetapi mempunyai hak penjagaan anak/Surat Orang Kurang Upaya/dan lain-lain).  

 

(Sila semak dan pastikan salinan dokumen adalah jelas dan boleh dibaca)

 

Nota penting: 

 

  • Permohonan Bantuan KIRWaS adalah dengan mengemukakan Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan kepada JWKS secara atas talian.
  • Pemantauan pendapatan akan dijalankan selama enam (6) bulan dari tarikh anda menerima bantuan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan KIRWaS ini, anda boleh terus hubungi pihak JKWS seperti yang tertera di bawah:

 Penolong Pegawai KIRWAS:  

  1. Puan Nur Diana
  2. Cik Sharifah Nurul Fatihah
  3. Puan Vivian Tsai Pei Chin

No. Telefon: 082-512666  

E-mel: bantuakirwas@gmail.com  

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×