Bantuan Pendidikan dari JPA untuk Pelajar Lepasan SPM 2023 – Syarat dan Cara Mohon disini!

Bantuan Pendidikan dari JPA untuk Pelajar Lepasan SPM 2023 – Syarat dan Cara Mohon disini! Berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2023, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Program Biasiswa JPA B40 (DB40) 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

JPA

 

BANTUAN PENDIDIKAN JPA DERMASISWA B40 (DB40)

 

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2023, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Program Biasiswa JPA B40 (DB40) 2024! 

 

Tajaan di bawah program ini membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Program ini mensasarkan pelajar B40 lepasan SPM 2023 untuk meneruskan pelajaran terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang yang memfokuskan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Kemahiran Awam (IKA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri. 

 

Tajaan yang diberikan adalah dalam bentuk Dermasiswa. Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian penajaan yang telah dimeterai.

 

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN JPA DB40

 

Permohonan untuk Program Dermasiswa B40 (DB40) dibuka mulai 5 Ogos 2024, jam 2.00 petang hingga 18 Ogos 2024, jam 5.00 petang.

 

Pelajar yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan mereka dalam tempoh ini.

 

JPA

 

SYARAT UMUM DAN KHUSUS DB40

 

Bagi memohon Bantuan Dermasiswa B40 (DB40), beberapa syarat umum juga khusus ditetapkan supaya pelajar yang benar-benar layak sahaja diterima permohonan.

 

SYARAT UMUM

 

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon persendirian;
  • Umur belum 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar pindahan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diambil; dan
  • Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

 

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

 

SYARAT KHUSUS

 

  • Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA), yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Pusat Latihan Teknologi Termaju (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI):

(a) Lulus peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan

  1. b) mendapat tempat dan memulakan pengajian di universiti.

 

  • Untuk Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti:

 

(a) Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga mata pelajaran lain yang diambil; dan

(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian.

 

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

 

CARA UNTUK MOHON

 

Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ atau http://esilav2.jpa.gov.my.

 

Pemohon dinasihatkan menyemak syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin tahu maklumat lanjut mengenai Dermasiswa B40 (DB40), boleh hubungi terus ke talian di bawah:

 

E-mel: dermasiswa2024@jpa.gov.my

Telefon: 03 – 8885 3297

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment