Diskaun Saman PDRM sehingga 50 peratus di Program MADANI Rakyat Zon Timur 5-7 Julai 2024!

Diskaun Saman PDRM sehingga 50 peratus di Program MADANI Rakyat Zon Timur 5-7 Julai 2024! Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun istimewa 50% bagi saman trafik terpilih sempena acara Program MADANI Rakyat Zon Timur yang akan berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan dari 5 hingga 7 Julai 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan dan berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

DISKAUN SAMAN PDRM

 

DISKAUN SAMAN PDRM PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TIMUR

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun istimewa 50% ke atas saman trafik terpilih sempena acara Program MADANI Rakyat Zon Timur yang akan berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan dari 5 hingga 7 Julai 2024. Ini adalah peluang yang baik untuk pemandu di daerah pantai timur untuk menyelesaikan saman trafik mereka pada kadar yang lebih rendah.

 

Polis Pahang menerusi catatan di Facebook rasmi pada 2 Julai 2024, memaklumkan orang ramai boleh menikmati tawaran itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

 

LOKASI, TARIKH DAN MASA DISKAUN SAMAN PDRM

 

Berikut adalah lokasi, tarikh dan masa yang harus ambil perhatian:

 

  • Lokasi: Dataran Sayangi Kuantan
  • Tarikh: 5 hingga 7 Julai 2024
  • Masa: 9 pagi hingga 4 petang

 

 

CARA UNTUK DAPATKAN DISKAUN SAMAN PDRM

 

Untuk mendapatkan diskaun saman PDRM semasa di Program MADANI Rakyat Zon Timur nanti, anda perlu:

 

  • Membawa saman trafik asal anda ke kaunter pembayaran saman trafik PDRM hanya di kaunter PDRM yang akan berada di tapak Program MADANI Rakyat Zon Timur, Dataran Sayangi Kuantan.
  • Selesaikan saman anda yang tertunggak dan nikmati diskaun 50%.

 

Nota penting!

 

  • Diskaun ini hanya sah untuk saman trafik terpilih.
  • PDRM berhak untuk mengubah atau membatalkan kempen diskaun tanpa notis terlebih dahulu.

 

 

PERSEDIAAN SEBELUM MELUNASKAN SAMAN DI PROGRAM MADANI RAKYATZON TIMUR

 

Tips atau maklumat tambahan yang boleh anda buat sebagai persiapan supaya memudahkan proses membayar saman nanti:

 

  • Semak laman web atau laman sosial PDRM untuk maklumat terkini mengenai kempen diskaun.
  • Datang awal untuk mengelakkan beratur panjang.
  • Bawa semua dokumen yang diperlukan, termasuk saman trafik asal dan kad pengenalan anda.
  • Dengan mengambil kesempatan daripada diskaun istimewa ini, anda boleh membantu menyelesaikan tuntutan trafik anda dan mengelakkan penalti selanjutnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jika anda sebarang pertanyaan mengenai diskaun istimewa ini, boleh terus pergi ke laman web PDRM atau hubungi di talian hotline PDRM seperti berikut: 03-2072 2222

 

Baca juga: Semak Tarikh Bayaran Pencen Pesara untuk Julai 2024 – Jadual Pembayaran disini!

 

Leave a Comment

×