Semak Tarikh Bayaran Pencen Pesara untuk Julai 2024 – Jadual Pembayaran disini!

Semak Tarikh Bayaran Pencen Pesara untuk Julai 2024 – Jadual Pembayaran disini. Untuk makluman, terdapat beberapa pindaan kepada Arahan Perbendaharaan (AP) 105 berhubung tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula tahun 2022, antaranya kawalan tempoh perbezaan hari gaji maksimum, emolumen boleh dibayar pada Jumaat dan lain-lain. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BAYARAN PENCEN

PENGENALAN BAYARAN PENCEN PESARA 

 

 

Banyak faedah dan manfaat diberikan kepada pesara kerajaan. Antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah :

 

  • Ganjaran Perkhidmatan (one-off)
  • Pencen Perkhidmatan (bulanan)
  • Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
  • Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll

 

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan menyerahkan dokumen persaraan yang lengkap kepada KWAP selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang ditetapkan.

 

 

TARIKH PEMBAYARAN PENCEN BULANAN 2024

 

Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

 

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

 

BAYARAN PENCEN

PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP) 2024 DITERUSKAN

 

Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terjejas.

Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif bagi memastikan pesara dan pencen terbitan yang diterima golongan sasar tidak berkurangan.

Perkara itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

 

 

BAYARAN INSENTIF AWAL RM1,000 UNTUK PESARA MENURUT BELANJAWAN 2024

 

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak menerima Bayaran Insentif Permulaan RM2,000, dibayar pada akhir Februari 2024. Insentif RM1,000 diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Sistem Pampasan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Semakan SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun depan.

Bayaran insentif ini telah dibuat pada penghujung Februari 2024 bagi meringankan beban persiapan sekolah dan persiapan menghadapi bulan Ramadan dan Syawal.

 

 

CARA SEMAK PENYATA PENCEN

 

Untuk menyemak penyata pencen boleh ke pautan berikut: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau lebih mudah untuk menyemak melalui aplikasi dengan muat naik aplikasi MyPesara di aplikasi Apple App Store atau Google Play Store.

 

 

PERKHIDMATAN KUMPULAN WANG PERSARAAN (KWAP)

 

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan, KWAP telah bertanggungjawab mengambil alih pemprosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan proses pembayaran faedah persaraan yang lebih cekap untuk pesara.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh KWAP adalah:

  • Membantu menguruskan kiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses pembayaran faedah persaraan yang merangkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan untuk hutang kerajaan atau melalui perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu untuk potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses penamatan/penggantungan bayaran pencen;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​​

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai kumpulan wang p ersaraan atau bayaran pencen, boleh kunjungi laman web JPA PENCEN dan KWAP. Anda juga boleh hubungi KWAP di nombor talian atau emel seperti yang tertera di bawah:

 

Telefon: +603 8887 8700 (Talian pejabat)

  •   +603 8887 8777 (Pusat panggilan)

Faks: +603 8887 8770

Emel: mypesara@kwap.gov.my

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

 

Leave a Comment