Ketahui cara dapatkan Bantuan Tunai RM250-RM500 setiap bulan. Semak kelayakan anda dan mohon jika layak!
BANTUAN TUNAI RM250-RM500 SEBULAN
Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan pemberian bantuan tunai dalam rangka Belanjawan 2024 yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu anak-anak kurang mampu, yatim piatu, dan anak-anak tanpa saudara-mara agar terus hidup bermasyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. BAP juga bertujuan untuk mengurangi beban keluarga pelihara yang sanggup mengasuh anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
KADAR BAYARAN BULANAN
Minimum RM250 seorang sebulan, maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang menjaga dua (2) orang kanak-kanak atau lebih
SYARAT KELAYAKAN
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
i. Kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah
ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
iii. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi
Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran
Pengangkatan 1952
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
i. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara”
yang dikendalikan oleh JKM; atau
ii. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
CARA MOHON BANTUAN
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
i. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan
untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan
bantuan kepada pemohon
ii. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan
yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
i. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
ii. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal
bersama;
iii. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal
bersama;
iv. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
v. Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON
MAKLUMAT LANJUT
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : pro_jkm@jkm.gov.my
RUJUKAN PENTING
awesome
Saya reply