i-Sejahtera : Cara Mohon Bantuan Tunai Sehingga RM1,000 disini

Ketahui cara permohonan i-Sejahtera dan dapatkan Bantuan Tunai sehingga RM1000 setiap bulan. Semak kelayakan anda dan mohon sebelum 30 Jun!

 

i-Sejahtera

PENGENALAN I-SEJAHTERA

Program i-Sejahtera adalah sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi sokongan kewangan sekali setahun kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun. dan di bawah.

 

Program i-Sejahtera mempunyai beberapa program bantuan/perhargaan dalam satu sistem, antaranya;

 

  • Program Penghargaan Warga Emas
  • Program Bantuan Ibu Tunggal
  • Program Suri Emas
  • Program Bantuan OKU
  • Program Anak Emas
  • Program Bantuan Teksi & Bas Sekolah

 

KADAR DAN TARIKH PEMBAYARAN

 

BAYARAN SATU (1) KALI DALAM SETAHUN

Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00

Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00

Program Suri Emas : RM100.00

Program Bantuan OKU : RM200.00

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF

Program Anak Emas : RM200.00

Khairat Kematian : RM1,000.00

Pembayaran dibuat secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima caruman bagi tahun semasa, pemohon mesti berdaftar dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima sumbangan pada tahun berikutnya.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Syarat utama program i-Sejahtera ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pengundi Pulau Pinang (kecuali program OKU). Syarat lengkap untuk setiap pelan dan dokumen yang diperlukan boleh dilihat di pautan berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM I-SEJAHTERA

Nota : Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU (1) bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas (boleh rujuk pada pautan syarat-syarat permohonan di atas)

 

CARA MOHON BANTUAN

 

Program i-Sejahtera boleh dipohon secara dalam talian di portal i-Sejahtera. Sila klik butang “Permohonan Baharu dan Semakan Status“. Kemudian masukkan nombor ID anda dan ikuti langkah seterusnya untuk memohon.

  1. Semak Nombor Kad Pengenalan
  2. Mohon untuk Program Penghargaan dan daftarkan Nombor Kad Pengenalan dan  kata laluan anda.
  3. Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk program OKU).

Pendaftaran hanya perlu dilengkapkan sekali sahaja.

Nota Penting : Jika pendaftaran anda lengkap dan disahkan, anda tidak perlu mendaftar setiap tahun. Bagaimanapun, adalah disyorkan agar anda mengemas kini akaun i-Sejahtera setiap tahun bagi memastikan maklumat yang dikemukakan adalah maklumat terkini, seperti nombor telefon, alamat, nombor akaun bank dan maklumat berkaitan, bagi mengelakkan masalah pembayaran. Kemas kini boleh dilakukan dengan mudah melalui portal i-Sejahtera.

 

RUJUKAN PENTING

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Boleh rujuk pautan berikut untuk hubungi pegawai-pegawai berdekatan berserta dengan alamat untuk sebarang aduan atau pertanyaan:

 

Senarai Kontak Pegawai/Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah

 

BORANG LAIN UNTUK MOHON

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment