Bantuan tunai RM500 sebulan : Semak kelayakan dan mohon disini!

Ketahui cara memohon Bantuan Tunai RM 500 Sebulan untuk Pesakit Kronik. Semak kelayakan anda dan syarat permohonan.

 

BANTUAN TUNAI RM 500 SEBULAN 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan sebuah lagi bantuan kewangan iaitu Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) di bawah Belanjawan 2024 bagi OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik. Insentif ini diberikan bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

 

bantuan tunai

 

KADAR BANTUAN KERAJAAN BULANAN

 

RM500 sebulan seorang

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Warganegara dan menetap di Malaysia
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/menyediakan penjagaan kritikal kepada orang kurang upaya/pesakit gelandangan/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000;

 

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN BULANAN RM 500

 

  • Cara memohon & dokumen sokongan (jika ada). Rujuk website IA/soalan lazim (mana-mana Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara 
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan  
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak 
  • Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti: 
     
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon  
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama  
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama  
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)  
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan 

 

BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON

 

 

MANFAAT-MANFAAT LAIN UNTUK OKU

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

Leave a Comment

×