BAKIPT : Bantuan Tunai RM300 untuk Awal Kemasukan ke IPT – Cara Mohon disini

BAKIPT 2024 : Bantuan Tunai RM300 untuk Awal Kemasukan ke IPT – Cara Mohon disini. Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) telah membuka permohonan untuk Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi sesi pengajian 2024! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BAKIPT

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM300 BAKIPT

 

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Kedah telah membuka permohonan untuk rakyat negeri Kedah yang baru memasuki alam Institusi Pengajian Tinggi. Bantuan tersebut diberi merupakan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi bagi Sesi Pengajian 2024.

 

Bantuan ini kini hanya perlu dimohon secara talian untuk memudahkan pengguna membuat permohonan melalui sistem iBAKIPT. Rakyat negeri Kedah yang baru memasuki semester pertama kemasukan baharu kini boleh memohon bantuan di sistem Kemasukan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT).

 

TARIKH PEMOHONAN 

 

Untuk tahun 2024, terdapat 2 tarikh penting untuk pelajar/pemohon memohon bantuan ini. Tarikh permohonan adalah terhad dan pelajar disarankan memohon dengan segera:

 

Bagi Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024:

 

1  Mac  2024  –  30  Jun  2024

 

Bagi Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024:

 

1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024

 

KADAR BANTUAN

 

Jumlah bantuan yang akan diberikan sekiranya layak adalah sebanyak RM300.00.

 

SYARAT PEMOHONAN BAKIPT

 

Setiap permohonan, pasti mempunyai syarat/kriteria kelayakan supaya bantuan disalurkan kepada yang benar memerlukan, seperti:

 

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman portal rasmi MySPRSemak https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tidak kira bilangan anak atau tanggungan
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja mengikut tarikh permohonan yang telah ditetapkan
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza

 

Dokumen yang diperlukan

 

Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

 

  1. Salinan MyKad Pemohon, Ibu dan Bapa.
  2. Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga.
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
  4. Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  5. Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
  6. Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman. (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

 

Kategori Pelajar yang TIDAK LAYAK memohon

 

  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  • Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Nota Penting : Jika permohonan yang dibuat tidak lengkap diisi dan tidak dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan di atas, permohonannya tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

 

KAEDAH PEMBAYARAN DIBUAT

 

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar dan akan ditentukan oleh mereka berdasarkan situasi semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini atau status permohonan, boleh hubungi terus Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan, senarai ada di pautan ini : 

 

Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan

 

RUJUKAN PENTING

 

BANTUAN PENDIDIKAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

4 thoughts on “BAKIPT : Bantuan Tunai RM300 untuk Awal Kemasukan ke IPT – Cara Mohon disini”

Leave a Comment

×