Bantuan Tunai Pendidikan Tahun Pertama IPT – Panduan Lengkap Permohonan

Bantuan Tunai Pendidikan Tahun Pertama IPT  – Cara Mohon disini. Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan bantuan kewangan IPT 2024 kepada pelajar Negeri Sembilan yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

BANTUAN TUNAI PENDIDIKAN

PENGENALAN BANTUAN TUNAI PENDIDIKAN IPT

Difahamkan, Bantuan Tunai Institusi Pengajian Tinggi itu ditubuhkan kerajaan negeri bagi memberi bantuan secara one-off kepada pelajar yang mendaftar di institusi pengajian tinggi di Negeri Sembilan untuk tahun pertama pengajian tinggi.

 

Dengan adanya bantuan kewangan ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan beban keluarga pelajar khususnya yang tergolong dalam kategori B40. Oleh itu, pemohon yang berminat boleh memohon bantuan kewangan ini secara dalam talian.

 

KADAR BANTUAN TUNAI PENDIDIKAN

 

Berikut adalah kadar bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan, mengikut peringkat pelajaran, antaranya:

 

Peringkat Pelajaran

Kadar bantuan

Peringkat Sijil/Matrikulasi

RM 500.00

Peringkat Diploma

RM 750.00

Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD

RM 1,000.00

 

IPT

KRITERIA KELAYAKAN

 

Pemohon yang ingin memohon bantuan ini mesti memenuhi kriteria kelayakan berikut:

 

  1. Pemohon merupakan anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

 

  1. Pemohon mesti memohon semasa tahun pertama pengajian mereka.

 

  1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

 

  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

 

  1. Hanya terpakai kepada pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA hendaklah melengkapkan Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

 

  1. Borang permohonan hanya boleh disahkan oleh pihak berikut:

 

  • YB Ahli Parlimen/Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;
  • Ketua; atau
  • Pengerusi MPKK/KRT/Taman.

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital atau laman web https://www.n9.digital

IPT

 

Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pelajar.

 

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

 

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU

        penjaga;

  • Salinan sijil kematian ATAU perceraian (jika berkenaan);
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan daripada ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU pembayaran yuran pendaftaran ATAU pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus FELDA Kawasan.

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh pihak berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN berhampiran atau melalui pos ke:

 

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Tingkat 5B, Wisma Negeri

70503 Seremban

 

BORANG YANG PERLU DILENGKAPKAN

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi 06-7659936/31 atau 06-7659784/85

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment