Semak Bantuan IC RM100 untuk bulan Jun 2024 : Cara semak disini

Semak Bantuan IC RM100 untuk bulan Jun 2024 : Cara semak disini. Bantuan RM100 dimasukkan ke IC setiap bulan? Begini cara membuat semakan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN IC

PENGENALAN BANTUAN IC RM100 JUN 2024

 

Pada tahun 2024, kerajaan memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dan golongan miskin tegar. Kerajaan mengumumkan tahun ini untuk menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM100 IC/MyKad kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak.

 

Kaedah pengkreditan tanpa tunai ke dalam IC atau MyKad adalah satu inisiatif yang selamat kerana ia hanya boleh digunakan oleh pemegang MyKad. Pada bulan Jun, lebih 0.7 juta penerima terima RM100 kredit ke dalam Mykad mereka.

 

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN IC RM100 JUN 2024

 

Tarikh untuk pengkreditan bantuan IC RM100 pada bulan Jun ditetapkan bermula 1 Jun 2024. Pastikan anda telah semak kelayakan anda sekiranya anda layak sebelum menggunakan manfaat ini.

 

CARA MENGGUNAKAN IC BERKREDIT RM100 

 

Setelah penerima sudah semak dan layak, RM100 yang berjaya dikreditkan tidak boleh ditukar ke tunai dan hanya digunakan di kedai terpilih, seperti:

  1. Mydin;
  2. Giant;
  3. Econsave;
  4. The Store;
  5. Pacific;
  6. Milimewa;
  7. 99 Speedmart;
  8. Lotus Stores (Tesco);
  9. Lulu Hypermarket;
  10. Pasar raya dan pasar mini bebas yang terdekat.

 

CARA SISTEM BANTUAN IC RM100 BERFUNGSI

 

Sebaik sahaja penerima dari alamat di Semenanjung Malaysia telah diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan nombor MyKad penerima dalam sistem.. Penerima akan menerima elaun RM100 melalui MyKad pada bulan Jun untuk membeli barangan keperluan di kedai yang terpilih.

 

CARA SEMAK STATUS BANTUAN IC

 

Berikut adalah cara untuk semak status bantuan IC penerima:

 

  1. Pergi ke laman web rasmi MyKasih, klik pautan di sini
  2. Klik pada ruang kosong di bawah semakan status dan isikan nombor IC penerima, contoh seperti gambar di bawah:

BANTUAN IC

  1. Setelah isi nombor IC, klik butang Semakan Status
  2. Masukkan nombor captcha seperti yang tertera untuk tujuan keselamatan privasi dengan betul.
  3. Status penerima akan ditunjukkan setelah nombor captcha telah diisi dengan betul.
  4. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Semua maklumat yang dikongsikan di atas datang dari portal rasmi MySara. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai bantuan di atas, sila hubungi pihak berkuasa di bawah:

Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

E-mel: info@mykasih.com

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×