Bantuan Tunai RM 500 Aidiladha sudah mula diagihkan – Semak kelayakan disini

MAIWP : Bantuan Tunai RM 500 Aidiladha sudah mula diagihkan – Semak kelayakan disini. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memaklumkan bantuan khas bernilai RM500 ini akan dikreditkan selewat-lewatnya menjelang Aidiladha iaitu 14 Jun 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN TUNAI

 

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H. Sudah pasti kebanyakan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama keluarga tercinta.

 

Dalam menghadapi sambutan ini, lebih banyak perbelanjaan diperlukan bagi memeriahkan lagi suasana di tempat kita meraikan sambutan tersebut. Tidak kita lupa juga, keluarga asnaf yang lebih memerlukan, mereka juga pastinya ingin menyambut perayaan ini. Dengan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memaklumkan bantuan khas bernilai RM500 ini akan dikreditkan selewat-lewatnya menjelang Aidiladha iaitu 14 Jun 2024.

 

BANTUAN TUNAI

 

BANTUAN TUNAI RM500 AIDILADHA MAIWP

 

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengumumkan menjelang Hari Raya Aidil Adha, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas. Bantuan ini akan diberikan kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

Sehubungan itu, secara keseluruhan MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16 juta daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan asnaf membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha. bersama keluarga tersayang

 

Baca juga : BANTUAN TUNAI AIDILADHA RM 500 2024 – KETAHUI LANJUT DISINI

 

KADAR BANTUAN AIDILADHA MAIWP

 

Faedah bantuan Aidiladha ini akan merangkumi seramai 32,300 asnaf sebagai penerima bantuan zakat MAIWP yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab. 

 

Bantuan Insentif Khas ini berjumlah RM500. Ini adalah jumlah tetap yang diberikan kepada setiap individu yang layak untuk setiap kategori yang telah ditetapkan seperti di bawah.

 

TARIKH TERIMA BANTUAN AIDILADHA MAIWP

 

Bantuan tunai RM500 Aidiladha dari MAIWP telah pun mula diagihkan bermula 14 Jun 2024. Penerima diingatkan untuk memastikan akaun bank mereka aktif supaya memudahkan proses bayaran diterima.

 

KRITERIA PENERIMA LAYAK BANTUAN AIDILADHA MAIWP

 

Kategori asnaf yang menerima bantuan Aidiladha ialah Fakir, Fakir, Muallaf dan Ar-Riqab. Berikut ialah penerangan bagi setiap kategori penerima.

Dalam menentukan kelayakan asnaf menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan definisi asnaf berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

 

1) Fakir

  • Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber lain yang tidak mencapai 50 peratus daripada keperluan hariannya dan keperluan tanggungannya serta tidak mencapai 50 peratus daripada perbelanjaan sara hidup seseorang yang hidup sederhana dan tanggungan.

 

2) Miskin

  • Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau usaha yang hanya sebahagiannya memenuhi keperluan asasnya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan hariannya dan juga menanggung tanggungannya.

 

3) Mualaf

Mereka yang telah dilembutkan hatinya atau yang diharapkan hatinya cenderung untuk menerima Islam atau yang telah memeluk Islam (tetapi belum teguh Islamnya) terbahagi kepada dua iaitu:

 

  1. Beragama Islam:
  • Baru masuk Islam
  • Ketua-ketua kaum Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua bukan Islam yang setaraf atau setaraf dengan mereka.
  • Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh rakyat di bawah pimpinannya.
  • Orang Islam yang tinggal di sempadan berhampiran negara musuh.

 

  1. Bukan beragama Islam:
  • Boleh dipujuk masuk Islam.
  • Boleh dipujuk supaya tidak membahayakan orang Islam.

 

4) Al-Riqab

  • Memerdekakan umat Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman jahiliyah dan dibelenggu di bawah kawalan orang tertentu.

 

Keempat-empat kategori ini akan menerima Bantuan Tunai RM500 sempena Aidiladha ini dari MAIWP.

 

KESIMPULAN

 

Pihak MAIWP berharap bantuan Aidiladha ini dapat meringankan beban kewangan golongan asnaf dan membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidiladha.

 

Di samping itu, diharapkan wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) diberkati Allah SWT.

 

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menampung keperluan dan kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan pelbagai program bantuan disediakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Bagi sesiapa yang telah memohon tetapi belum terima bantuan atau yang baru maklum dan ingin memohon untuk menerima bantuan asnaf dari MAIWP boleh rujuk cara untuk memohon di pautan berikut: KLIK DISINI

 

Anda perlu mengisi borang dan borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan dokumen yang diperlukan, haruslah dihantar sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. Berikut adalah senarai kaunter yang boleh anda rujuk yang berdekatan dengan anda: Senarai Kaunter

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment