E-SPKR 2024 : Sistem untuk mohon rumah PPRT – Cara Mohon disini

e-SPKR 2024 : Sistem untuk mohon Rumah Mampu Milik PPRT – Cara Mohon disini. Skim Perumahan PPRT 2024 merupakan satu inisiatif untuk menyediakan kemudahan kepada warganegara yang layak. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

PPRT

PENGENALAN E-SPKR PPRT 2024 

 

Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) diteruskan khusus untuk strategi pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

 

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar bagi memastikan golongan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat terus bertahan dengan lebih baik.

 

Melalui program PPRT yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini terdapat 2 kategori yang boleh dipohon iaitu pembinaan baru atau pengubahsuaian rumah sedia ada. Ini merupakan program kemudahan untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

 

KATEGORI E-SPKR PPRT 2024

 

Kawasan yang diliputi oleh bantuan PPRT ialah kawasan luar bandar.

 

PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

 

  1. Bina Baharu
  • Bantuan pembinaan rumah baru kepada waris yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang terlalu usang, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

 

  1. Baik Pulih

 

  • Skop bantuan pembaikan hanya melibatkan komponen asas sesebuah rumah. (Contoh: Bumbung, bumbung, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai, tingkap, pendawaian elektrik, paip dan lain-lain)

 

Catatan : Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam kategori baik pulih.

 

KADAR BANTUAN

 

Ini adalah kadar bantuan bagi setiap kategori, sila rujuk gambar di bawah:

 

PPRT

 

KRITERIA KELAYAKAN E-SPRK PPRT 2024

 

Antara kriteria kelayakan bagi memohon di bawah e-SPRK PPRT 2024 adalah seperti berikut : 

 

  • disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang didaftarkan dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperakui dan disahkan layak oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa setaraf di peringkat negeri; atau
  • diperakui oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • disahkan oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

 

Baca juga : https://bantuankerajaan.com/bantuan-ekasih/

 

Kriteria kelayakan bantuan Bina Baharu akan diberikan kepada yang:

 

  1. Masih belum memiliki rumah;
  2. Tempat tinggal yang diduduki terlalu lama/uzur dan tidak selamat didiami;
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. Mempunyai tanah sendiri (hak milik sepenuhnya); atau
  5. Hak milik sebahagian tanah atau mendapatkan kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Rumah (tanah milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

 

Kriteria kelayakan bantuan Baik Pulih akan diberikan kepada yang:

 

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mengalami rumah usang atau rosak akibat ditimpa musibah dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Dapatkan kebenaran membaiki bagi kes pencerobohan tanah orang lain/tanah sebahagian milik/Tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

 

Keutamaan bantuan juga akan diberikan kepada:

 

  1. Warga Emas
  2. Orang Kurang Upaya (OKU)
  3. Ibu atau Bapa Tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil
  5. Pelaksanaan projek PPRT diberi keutamaan bagi negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Permohonan PPRT dalam talian e-SPKR hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila berikan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar kad pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (jika ada) sebelum mengemukakan permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butiran yang diperlukan boleh menjejaskan permohonan. Klik disini untuk membuat permohonan – e-SPKR PPRT 2024

 

BORANG PENTING UNTUK MEMOHON

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah 

No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 

62100 Putrajaya, Malaysia

 

Telefon : 03-8000 8000

Emel : info@rurallink.gov.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

 

Leave a Comment

×