Sewa Rumah PPR serendah RM 124 sebulan sahaja : Cara mohon disini!

Sewa Rumah PPR serendah RM 124 sebulan sahaja : Cara mohon disini! Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

Rumah PPR

PENGENALAN PROGRAM RUMAH PPR 

 

Program Perumahan Rakyat merupakan program Kerajaan untuk penempatan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan merupakan agensi pelaksana utama projek PPR di seluruh Malaysia. 

 

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Milik. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Milik dan PPR Disewa akan menggunakan perancangan perumahan kos rendah dan spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan dalam Piawaian Perumahan Nasional untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

 

KADAR BAYARAN PPR

 

Program Sewa PPR telah diperkenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk menyewa kepada golongan sasar (golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

 

KRITERIA KELAYAKAN 

 

Berikut adalah kriteria kelayakan pemohon sebelum membuat permohonan Program Rumah PPR :

 

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Umur 18 ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah tersebut
  • Tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

CIRI-CIRI RUMAH PPR

 

  • Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Kawasan bandar : Jenis rumah bertingkat (5 hingga 18 tingkat)
  • Keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • 3 bilik tidur, 1 ruang dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air
  • Dewan masyarakat
  • Kawasan lapang atau padang
  • Surau
  • Kedai runcit
  • Tadika
  • Kawasan terbuka/ taman riadah
  • Rumah sampah.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

 

Bagi mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dihantar secara manual dan secara online. Untuk panduan lengkap cara memohon, sila layari portal rasmi Program Perumahan Rakyat (PPR) – TEDUH KPKT

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Aras 30-38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

 

No. Telefon    : 603 – 8000 8000

 

Emel : teduh@kpkt.gov.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment